Sunday, June 9, 2013

Remaja Harapan


Mereka, adik-adik saya di Pondok Bantan,Nakhon siThamarat

Kita kena faham bahawa kita
adalah harapan kepada ISLAM
Hakikatnya, kita adalah PENJAGA ISLAM
Sebab itu, kita kena lakukan yang terbaik dalam hidup

. . . . . . . . . . . . . . . .

Ungkapan ini, saya petik dalam novel Hilal Asyraf, Remaja Harapan. Tiap-tiap kali sudah saya baca, betul-betul refreshing. Dan saya amat menyukai novel ini, mengajar satu makna, bagaimana yang zero  boleh menjadi Hero.Daripada kosong kepada terulung.

Masalah menghempap.Persekitaran menekan.Mereka tidak memahami.Rasa hidup tiada makna.Yea,saya pernah melalui.Untuk kembali pada yang asal,mengubati hati yang kecewa,mengambil masa. Terima kasih Allah, Dia hadiahkan buku ini. Sungguh, terubat. Alhamdulillah.

. . .  . .  .  .  . .  .  .  . .  .

Reflection. Cover .

"Habis,kenapa nampak lemah?"

"Malas," jawabnya sepatah.

"Em? Takkan malas sampai makan pun sedikit, baca al-Quran pun kurang,pergi masjid dengan abang  pun sudah tidak mahu?" dia nampak abang Irfan mengangkat satu persatu jari seakan membilang. Dia dah rasa malas nak ikut abangnya. Rasa tidak terbela walaupun buat benda yang baik.

"Malas nak hidup. Tak ada makna." Terlepas keluar ayat itu dari mulutnya.

Abang Irfan terdiam. Mungkin terasa betapa seriusnya dia.

Hati berasa sebak. Jiwa berasa galau.Kehangatan tubuh abang Irfan yang menyentuhnya menambah rasa pilu.Perlahan-lahan air mata mengalir. Dia menceritakan dirinya dibuli. Kemudian guru-guru tidak membelanya memandangkan mereka aset sekolah. Akhirnya, dia menceritakan mengapa dia malas untuk meneruskan kehidupan, malas untuk menjadi baik dan malas untuk belajar.

Dia berasa hidupnya tidak bermakna.

Dia tertekan.

. . . . . . . . . . . . . . .

"Abang, hidup ini ada tujuankan? Im rasa macam sudah tak mampu lalui semua ini."

"Ada. Allah kata, hidup ini adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya."

Dia terdiam mendengar jawapan abang kesayangannya itu. Pertama kali didengari.

"Orang yang hidup mengabdikan diri kepada Allah, itulah dia orang-orang yang kuat."

"Owh, IronMan,Goku pun berhubungan dengan Allahlah?"

Abang Irfan ketawa. Geleng. "Ironman dan Goku tu rekaan orang jahiliah. Orang yang ada hubungan dengan Allah macam Bilal bin Rabah. Dia kena hempap dengan batu di tengah panas, tetapi dia tidak meninggalkan Islam. Berkat kesabarannya, Allah kurniakan dia darjat yang tinggi. Dia salah seorang sahabat yang dikhabarkan syurga, tahu?"

Dia tidak bersuara. Dia biasa dengar tentang Bilal bin Rabah. Tetapi abang membawanya memandang dari sudut yang berbeza, hubungan Bilal bin Rabah dengan Allah. Tidak pula pernah didengarinya.

"Bilal bin Rabah kena sebat, kena seksa, dihempap batu, kena heret di padang pasir. Dia tetap tidak tinggalkan Islam. Dia tidak tertekan pun. Im kena seksa macam diakah?"

Dia menggeleng.

"Tahu tak macam mana Bilal bin Rabah boleh bina hubungan dengan Allah swt hingga jadi kuat macam itu?"

Sekali lagi dia menggeleng.

"Dengan satu proses bernama Tarbiyah Islamiyah Syamilah."

Dia tidak mampu bersuara. Jiwanya berasa gementar. Entah kenapa. Gementar dengan keseronokan. Mengapa dia seakan melihat jalan keluar kepada masalahnya?

. . . . . . . . . . . . . . . .  . .  .

"Sudah, pergi tidur, remaja harapan."

"Eh, Remaja harapan?"

"Im kan harapan keluarga kita, harapan abang, bukan?"

Dia tersenyum senang. Pertama kali mendengar orang menyatakan bahawa dia adalah harapan.

"Im harapan Islam juga, tau." Abang tersenyum padanya.

Aku harapan Islam? Jiwanya berdetak. Macam besar sahaja gayanya.

Harapan abang dan keluarga. Harapan Islam? Aku ?

Terasa dirinya seakan diseru panggilan kebangkitan.