Wednesday, June 6, 2012

Catatan Hati : Pengembaraan ke Sempadan




Sa bai Di mai ?? 

Alhamdulillah moga-moga readers dalam keadaan baik dan Allah ampunkan kita atas segala dosa yang dilakukan .. amin ya rabbal alamin!

Kesian blog ana ni dah bersawang, nilah akibat malas untuk memerah inisiatif agar blog ini sentiasa dihidupkan! Astaghfirullahal’azaimKalau nak bercerita tu memang banyaklah cerita yang nak dikongsikan bermula dari cuti hari tu lagi..musafir dari Selangor kmudian Kelantan dan kedah…sekarang ana di Thailand!!

Ada apa dengan Thailand???

Sue,tak takut ke pergi thai tu..dah lah sekarang Negara tu tak stabil (..ade kemelut.) ..lagipun kau tu dah la perempuan tak sesuai nak pergi sana, dah lah anak tunggal perempuan .. so saya nak buat macam mana? Takkan lah disebabkan saya perempuan saya tak boleh pergi..sahabat?

Saya berterima kasih pada sahabat yang ,mendoakan saya..alhamdulillah abah dan ibu memberikan restu..insyaALLAH kalau ikhlas kita buat kerja amal itu semuanya akan dipermudahkan…panjang betul intro!!

5 mei 2012 dalam jam 2.00 petang bertolak kami seramai 6 orang dari umnp ke nakhon sri thammarat yang mengambil masa selama 12 jam menggunakan kenderaan 4 tayar…

Macam-macam perasaan nak digambarkan bila merentasi sempadan Malaysia-Thai…
seronok,sedih, rindu rumah pun ada padahal masa tu baru di rantau panjang..heyyy!

Alhamdulillah walaupun banyak aral..tapi allah melicinkan perjalanan kami. Mana tidaknya sebelum tiba hari bertolak pada 4 Mei saya dan nabilah dengan penuh semangat kesukanan dan kenegaraan dari kb ambil sahabat kami wan n zolilah(kebetulan ada perlawanan antara kedah n Kelantan..najib pun turun Kelantan ..jalan memang jem ditambahi pula hujun guruh)…hampir-hampir sahaja kami accident..nasib baik lori dibelakang tu jauh…

Perjalanan hendak ke nakhon sri tammarat pelu melepasi 3 wilayah yang agak bahaya , pattani,narattiwat dan yala…tak terkira banyaknya halangan pihak police..dalam jangkaan saya sebanyak 20 lebih halangan yang ada..

Satu incident juga berlaku..kereta yang hendak membawa kami ke tempat makan juga terbakar..pada mulanya hanya banyak asap di bahagian depan tapialhamdulillah b0mba @ police Berjaya memadamkan..nasib baik tak meletup!

Letih memang tak terkira la..samapai di pondok bantan lebih kurang jam 1.00 a.m .kalau di Malaysia jam 2 pagi.thailand lambat sejam..ingat bila dah sampai boleh terus berehat tapi terkejut sbb setiap dari kami diasingkan bilik ..setiap dari kami tinggal sebilik dengan adik2 thai..macam mana ???

Rita NurSuhaila ITU SEMUA TARBIAH… ! Lapangkan hati yea!

Tahniah sahabat yang Berjaya meneruskan misi kita!!