Saturday, May 5, 2012

Lihat kepada Teratai..



Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan untuk menulis di blog agar tidak menjadi sesawang yang bersawang..


Moga ALLAH berkati usaha setiap hambaNYA yang menuju jalan lurusNYA..
InsyaALLAH..andai ada masa saya akan ceritakan pemusafiran sepanjang cuti ni..
Hidup bermusafir memang indah..=)


Sampai di blog pun still lagi bermusafir..
Tak salah rasanya saya kongsikan apa yang ada dengan bunga teratai kan adik Intan Nadzirah ?


Apa yang menarik sangat tentang bunga teratai ni?






Bunga teratai bukan terletak di jambangan,bukan terletak di dahan pokok,bukan juga terletak di hujung pucuk daun.tapi bunga teratai hidupnya dalam air.
Susah & payah..Sesiapa yang mahu dapatkan biji benihnya perlu meranduk air untuk mendapatkannya.
Siapa yang ingin melihat kecatikannya perlu mencari paya,danau,tasik,dan kolam kerana pohon teratai tidak ada di mana-mana di dataran.hanya ada dalam tempat yang penuh berselut dan berlanyau.
Bunga teratai ibarat seorang mujahidah yang dididik dengan kesusahan & kepayahan.
Agar dengan kepayahan itulah akhirnya ia kembang menJaji bunga yang sangat cantik.
Oleh itu,jadilah seperti bunga teratai yang merupakan khazanah dunia.
Biar yang bersusah payah sahaja yang akan berjaya melihat,memetik dan menikmati kecantikannya..


Dalam kehidupan ni mana ada yang senang..kalau begitu dunia ini bukan ujian lah...


p/s : masih ingin merantau..thailand pun jadi juga ^^,
        so, u must say Alhamdulillah...