Sunday, December 30, 2012

I LOVE EXAM



My first Date !?

Exam mode : On
Time : 2 JAN - 16 JAN
VENUE : EXAM HALL


Dare yourself to dream, Dare yourself to fulfill


Ujian dalam peperiksaan adalah sebahagian dari ujian dunia dan ujian dunia itu terlalu banyak dan pelbagai. Kepelbagaian itulah yang membawa kita samada ke SoRga atau sebaliknya. Usahalah semampu mungkin untuk melalui ujian-ujian tersebut hingga antara ujian itu berjaya membawa kita ke SorGA bertemu pencipta terChenta.

Goal : 4 Flat .. insyaAllah ^^v doakan yea.

Hah , and the MOST important that DU'A

“Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi,
 ingatan para rasul dan malaikat terhampir. 
Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, 
hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. 
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


Nak lagi doa-doa , sahabat boleh lihat di koleksi doa.
Kenapa doa ni penting , yea ?



Verily , after each diffulty , there's a relief !

Last ucapan (ahakk..)
 untuk sahabat-sahabat dichentai


Selamat Menghadapi Peperiksaan !

We want to be Excellent 4 Islam !
Keep Being Osem ^^v



p/s : mood nak update blog time-time exam..pelik!

Thursday, December 13, 2012

It'll be better

If everyone is pleased with you but Allah is not ,
then what have you gained ?
And if Allah is pleased with you but no one else is ,
then what have you lost ?
[Imam Ahmad bin Hambal]

The scholar/knowledgeable one should have good deeds

stored in secret between him and Allah the Most High .
Indeed , all the manifest of knowledge or deeds to the people 
will be of little benefit in the hereafter .[Imam As-Syafi'e]

Being born as a Muslim doesn't make you a better person .

It's not how you start the race but it's how you end it .
[Imam Siraj Wahaj]

When you remember Allah , 

clouds of worry and fearare driven away ,
and the mountains that make up your problemsare blown away .
[Dr. 'Aidh 'Abdullah al-Qarni]

Allah does not judge you on how have been in the past ,

but rather on how good you strive to be now .
[Yasir Qadri]


~QUOTES~

Tuesday, December 11, 2012

Hujan Sebelum Pelangi

.
.

Seringkali hati kecil mengaduh sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada. Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.


Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.



Pernahkah sekali kita memahami alam.


" Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? "
 
" Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? "

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

" Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? "

" Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? "

" Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? "

" Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? "


Jawabnya, SENANG.


Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan adanya pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran contohnya seperti Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan dan kicauan burung yang menyanyikan kedamaian.


" Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. Insyaallah. "

always smile..Allah with us =)



****************************




sumber asal  
Oleh : Fahimmumtaz!@iluvislam


Thursday, October 25, 2012

Suburkan Penulisan


 Alhamdulillah..Allah masih memberi qudrat untuk menyambung penulisan ni lagi setelah lama berhenti ..........

So , how ur life sis & bro ,adakah iman anda ,saya  is more up and up or down up up down or just static ?  whether we realize it or not.. NOW...NOW ........


9 ZulHijjah 1433H / 25 Oktober 2012
(ops..jangan lupa pose yea ^^)

allah..cepat masa berlalu , sedar atau tidak hampir 2bulan saya mendiami rumah Dayasari ..ahakk..(even tu hanyalah kolej..but for me its still Like my house..heal homesick at home =) ) , Banyak assigment yang belum disiapkan lagi dan sudah 3 bulan i left my afterlife stock..hmmm

So , what i must do ???

Yahhh..dusshh..dushh...Buangkan segala rasa kemalasan nak update blog !! Tersentap bila membaca balik apa yang pernah saya nukilkan , walaupun tak sehebat mana dengan blog-blog yang femes..saya cuba nak Hidupkan balik my afterlife stock..suburkan penulisan seperti yang pernah dijanji dahulu..

S0 .. 

I MUST KEEP BEING OSEM

For what ? for whom ?
Yahhh.. i must being the OSEM for showed that ISLAM is the bestt..islam is the better..so u have done Bai'ah it..make it real!

Yahh..ni permulaan dalam suburkan penulisan..

ok..we see how far this blog can run !

p/s : i challenge myself =)

Monday, October 22, 2012

.........................



Huh, agak berat bila lama tak menulis..
Hope your guys always in God's pleasure...
Keep Moving =)

p/s : No iDEA..perlukan brainstorming al-aan...

Monday, July 23, 2012

K.I.T..K.I.Y.A.T


K.I.T..K.I.Y.A.T = M.A.L.A.S !

Itu bahasa thailand ...
Malas mula menyebulungi diri.. ~~,
Bukannya apa .. cuma kekeringan idea + malas untuk menulis !






Ala..alasan semua tu!

Kalau rajin pasti banyak idea muncul !


Mujahidah,

Bangun dari kemalasanmu!
Tidak layak hendak dipanggil abnaul harakah dengan sifat malas ini!

Nafsu masih menguasai dirimu!

S.E.D.A.R.L.A.H 

B.A.N.G.U.N.L.A.H !

Thursday, June 21, 2012

Kerana Sebuah Tarbiyyah..



Dengan asma Tuhan Yang Husna
Izinkan aku berbicara
Segala puji hanya untuk Nya
Tuhan buat sekalian alam
Dan selawat ke atas Muhammad,sollallahu alaihi wasallam


Bukan aku mahu mengadu..
aku mengharap engkau faham mengapa aku menulis..

Terkadang,
mereka bertanya kepadaku,
Apa gunanya tarbiyyah ini?
Apa baiknya jalan da’wah ini?

Apa mereka tak bisa melihat semua itu?

Kerana sebuah tabiyyah,
Aku merelakan segala sakit-sakit
Baik di tubuh ,jasad,hati walau segala
rintangan mendatang aku beranikan diri untuk menghadapi

Kerana sebuah tarbiyyah,
Aku menanggung malu,amarah,sedih dan
segala apa yang tak mungkin pernah aku rasakan
Seandainya aku tidak di atas jalan ini


Kerana sebuah tarbiyyah,
Duniaku bukanlah milikku lagi
Hatiku bukanlah milikku lagi

Aku tukarkan segalanya
Aku serahkan segalanya
Untuk mereka…
Segalanya itu tiada ertinya lagi
Bukan untukku
Melainkan untuk mereka semua

Kerana sebuah tarbiyyah
Aku tak lagi melihat melainkan mereka
Dan engkau bertanya lagi..
Mengapa perlunya tarbiyyah itu?
Mengapa mesti da’wah yang kau pilih?
Mengapa harus sesgalanya kau korbankan semata demi itu semua?

Kerana sebuah tarbiyyah
Aku kini mampu berdiri sendiri
Meski seluruh dunia mela wan
Meski setiap hati menolak aku
Aku akan tetap menggengam bara api itu
Kerana hidupku hanyalah untukNya
Kerana matiku hanyalah untukNya

Kerana sebuah tarbiyyah
Duniaku yang sempit
Kini bertukar menjadi seluas alam
Luas,seluas langit biru yang terbentang!
Duniaku tak lagi kontang tanpa jirusan air yang membasahi hati-hati
Menghidupkannya..
Kerana akulah yang mahu menjadi seperti titis-titis hujan basah itu

Kerana sebuah tarbiyyah
Maafkan kerana terpaksa mengatakan hal ini
Kini aku bisa melihat
Kalau dulu aku sangka engkaulah peneman
Mungkin kini engkau berubah menjadi lawan
Hanya kerana tarbiyyah itu


Namu aku redhakan semua itu kerana aku yakin
Hati-hati yang berkumpul untuk mendaulatkan syariatNya 
Suatu hari nanti pasti akan bertemu jua
Jika tidak di dunia
InsyaALLAH ,taman-taman syurga pasti menjadi saksi
segala darah,peluh,luka-luka pasti akan terubat
Oleh sebuah tarbiyyah itu..

Kerana  sebuah tarbiyyah
Engkau yang dulu aku sangka permata
AKAN tetapku anggap sebagai permata
Kerana engkau lah permata mesti engkau menyakiti
Selagi mana masa tidak terhenti
Akan terus aku anggap engkau sebagai permata 
Yang aku cinta

Aku takkan pernah terdaya untuk membenci..
Kerana sebuah tarbiyyah 
Kerana jua tarbiyyah itu..
Segala yang dihinakan meski kekal hina di dunia
Namun pasti dengan izinNya mulia di daerah sana
Kerana itulah yang kita perjuangkan selama ini

Kerana sebuah tarbiyyah telahpun dipilih pada saat itu
Dan takkan mampu untuk berpaling lagi
Kerana fahamnya kita
Dan yang paling mudah sekali
Kerana cintanya kita pada NYA
Dan kita merasa bahagia
Cukuplah dengan itu

TETAPLAH DI JALAN INI WALAU APA PUN...

p/s : sedang ditarbiah oleh ALLAH ,andai saya ni memandang positif !!

Wednesday, June 6, 2012

Catatan Hati : Pengembaraan ke Sempadan




Sa bai Di mai ?? 

Alhamdulillah moga-moga readers dalam keadaan baik dan Allah ampunkan kita atas segala dosa yang dilakukan .. amin ya rabbal alamin!

Kesian blog ana ni dah bersawang, nilah akibat malas untuk memerah inisiatif agar blog ini sentiasa dihidupkan! Astaghfirullahal’azaimKalau nak bercerita tu memang banyaklah cerita yang nak dikongsikan bermula dari cuti hari tu lagi..musafir dari Selangor kmudian Kelantan dan kedah…sekarang ana di Thailand!!

Ada apa dengan Thailand???

Sue,tak takut ke pergi thai tu..dah lah sekarang Negara tu tak stabil (..ade kemelut.) ..lagipun kau tu dah la perempuan tak sesuai nak pergi sana, dah lah anak tunggal perempuan .. so saya nak buat macam mana? Takkan lah disebabkan saya perempuan saya tak boleh pergi..sahabat?

Saya berterima kasih pada sahabat yang ,mendoakan saya..alhamdulillah abah dan ibu memberikan restu..insyaALLAH kalau ikhlas kita buat kerja amal itu semuanya akan dipermudahkan…panjang betul intro!!

5 mei 2012 dalam jam 2.00 petang bertolak kami seramai 6 orang dari umnp ke nakhon sri thammarat yang mengambil masa selama 12 jam menggunakan kenderaan 4 tayar…

Macam-macam perasaan nak digambarkan bila merentasi sempadan Malaysia-Thai…
seronok,sedih, rindu rumah pun ada padahal masa tu baru di rantau panjang..heyyy!

Alhamdulillah walaupun banyak aral..tapi allah melicinkan perjalanan kami. Mana tidaknya sebelum tiba hari bertolak pada 4 Mei saya dan nabilah dengan penuh semangat kesukanan dan kenegaraan dari kb ambil sahabat kami wan n zolilah(kebetulan ada perlawanan antara kedah n Kelantan..najib pun turun Kelantan ..jalan memang jem ditambahi pula hujun guruh)…hampir-hampir sahaja kami accident..nasib baik lori dibelakang tu jauh…

Perjalanan hendak ke nakhon sri tammarat pelu melepasi 3 wilayah yang agak bahaya , pattani,narattiwat dan yala…tak terkira banyaknya halangan pihak police..dalam jangkaan saya sebanyak 20 lebih halangan yang ada..

Satu incident juga berlaku..kereta yang hendak membawa kami ke tempat makan juga terbakar..pada mulanya hanya banyak asap di bahagian depan tapialhamdulillah b0mba @ police Berjaya memadamkan..nasib baik tak meletup!

Letih memang tak terkira la..samapai di pondok bantan lebih kurang jam 1.00 a.m .kalau di Malaysia jam 2 pagi.thailand lambat sejam..ingat bila dah sampai boleh terus berehat tapi terkejut sbb setiap dari kami diasingkan bilik ..setiap dari kami tinggal sebilik dengan adik2 thai..macam mana ???

Rita NurSuhaila ITU SEMUA TARBIAH… ! Lapangkan hati yea!

Tahniah sahabat yang Berjaya meneruskan misi kita!!


Friday, May 18, 2012

Number One For Me..



I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed


Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do

You know you are the number one for me
Oh, oh, number one for me
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

You know you are the number one for me

Oh, oh, number one for me


Subhanallah..
Lagu yang mengetuk hati ini..

Saya sayang ibu ...
Saat hati ini berjauhan,perasaan rindu itu menjelma..
Tapi ku yakin..ibu sentiasa mendoakan ku..
Doa ibu yang memberi semangat padaku..
Semoga ibu dalam redha ALLAH selalu..

Ku tidak pasti samada diri ini boleh sayangkan ibu seperti ibu sayangkan anakmu ini..
tapi..

I will try to do it..

Ya ALLAH, kau sinarkanlah cahayaMU pada keluargaku .. 



Saturday, May 5, 2012

Lihat kepada Teratai..



Alhamdulillah..
Masih diberi kesempatan untuk menulis di blog agar tidak menjadi sesawang yang bersawang..


Moga ALLAH berkati usaha setiap hambaNYA yang menuju jalan lurusNYA..
InsyaALLAH..andai ada masa saya akan ceritakan pemusafiran sepanjang cuti ni..
Hidup bermusafir memang indah..=)


Sampai di blog pun still lagi bermusafir..
Tak salah rasanya saya kongsikan apa yang ada dengan bunga teratai kan adik Intan Nadzirah ?


Apa yang menarik sangat tentang bunga teratai ni?






Bunga teratai bukan terletak di jambangan,bukan terletak di dahan pokok,bukan juga terletak di hujung pucuk daun.tapi bunga teratai hidupnya dalam air.
Susah & payah..Sesiapa yang mahu dapatkan biji benihnya perlu meranduk air untuk mendapatkannya.
Siapa yang ingin melihat kecatikannya perlu mencari paya,danau,tasik,dan kolam kerana pohon teratai tidak ada di mana-mana di dataran.hanya ada dalam tempat yang penuh berselut dan berlanyau.
Bunga teratai ibarat seorang mujahidah yang dididik dengan kesusahan & kepayahan.
Agar dengan kepayahan itulah akhirnya ia kembang menJaji bunga yang sangat cantik.
Oleh itu,jadilah seperti bunga teratai yang merupakan khazanah dunia.
Biar yang bersusah payah sahaja yang akan berjaya melihat,memetik dan menikmati kecantikannya..


Dalam kehidupan ni mana ada yang senang..kalau begitu dunia ini bukan ujian lah...


p/s : masih ingin merantau..thailand pun jadi juga ^^,
        so, u must say Alhamdulillah...

Sunday, April 1, 2012

Put Yourself In Other



Bismillahirrahmanirrahim...
Moga Allah redha setiap langkah kita..insyaALLAH!

Friendship


Maksud firman Allah SWT :


" Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..."
          (al-Hujurat : 12)


Imam Fakhruddin ar-Razi menghuraikan pula dalam Tafsir ar-Razi apa yang disebut dengan sangkaan berdasarkan ayat di atas dengan berkata :

" Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad ( usaha bersungguh-sungguh memastikan kebenarannya) dan penyelidikan yang dalam "


Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah dan rahmat serta izinNya bumi beredar, mentari bersinar, bintang begermelapan, bulan bercahaya, dan manusia meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW, dengan nurnya alam diterangi, manusia disuluh kebenaran.



Jom kita teliti sebuah kisah ang mana Seorang lelaki dari New York diajak untuk menghadiri satu majlis makan-makan oleh rakan Koreanya sempena satu majlis. Pabila dihidangkan dengan makanan yang pelbagai, bermangkuk-mangkuk dan berpinggan-pinggan, sehingga dia tidak tahu apa yang perlu dimakan dahulu, bahkan tanpa mengetahui apakah jenis makanan itu, ia hanya meminum air dan meminta diri untuk pulang. Setelah pulang, ia mengkhabarkan dan merungut kepada rakan-rakan yang lain bahawa makanan Korea langsung tidak sedap, tidak berkhasiat dan sangat celaru serta menyusahkan!


Jika diperhatikan, apakah kesilapan terbesar lelaki New York tersebut?...


Ya, ia tidak mahu menjadi dan meletakkan dirinya dalam masyarakat Korea itu, tanpa menyiasat dan bertanya, ia terus menghukum, sedangkan ia langsung tidak mengetahui bagaimana dan apakah keadaan yang sebenarnya.

 

Jika ia sudi meletakkan dan menyesuaikan dirinya dengan masyarakat Korea, maka ia akan mengetahui bahawa makanan-makanan itu tidaklah secelaru sebagaimana ia fikirkan, ia mempunyai peraturan dan cara makan yang tersendiri. Bahkan makanan Korea telah diakui secara saintifiknya ia adalah antara makanan kesihatan yang terbaik di dunia. Selain bahan bahannya, ia menitik beratkan seni penyediaan, prinsip asas iaitu lima warna, merah, hijau, kuning, putih dan hitam menjadi perkara yang perlu ada bagi setiap hidangan. Jika ia mengkaji lagi, makanan Korea menjadi berjenis-jenis itu adalah kerana sejarah seorang maharajanya yang terlalu teliti dalam soal makanan, maka tukang masak istana menyediakan makanan sedemikian rupa.


Sekarang, jika ia mengetahui betapa istimewanya makanan tersebut, adakah ia akan melepaskan peluang untuk mencuba? Adakah ia akan merungut? Atau adakah ia akan terus berasa jengkel?...


Qurra' yang dikasihi,


Hidup kita di dunia bukan seorang diri, bahkan dijadikan Allah berbilang bangsa untuk saling mengenali. Hakikat kehidupan, setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai keadaan dan ragam manusia. Jika kita mengamalkan sikap untuk menghukum tanpa mengetahui apa yang sebenar, layaklah gelaran kera sumbang untuk diberikan. Kita tidak akan dapat menilai dan mengetahui apa yang sebenarnya jika kita hanya melihat kepada diri sendiri, setiap yang kita suka tidak semestinya disukai oleh yang lain. Inilah yang memerlukan kita untuk berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan dan sikap pihak yang lain, menyelami permasalahan dan situasi sebenar, barulah kita akan mengetahui punca sesuatu terjadi.


Maksud firman Allah SWT :


" Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal "
          (al-Hujurat : 13)


Bukan sekadar dapat mengetahui lapisan atas permasalahan atau keadaan yang berlaku sahaja, bahkan bersikap meletakkan diri dalam situasi pihak lain juga membekalkan kita dengan pelbagai maklumat tambahan sebagai bonus, lihat saja contoh si lelaki New York tersebut, ia malah bakal memperoleh maklumat tentang sejarah makanan Korea jika di selidiki. Maklumat tambahan sedimikian akan menjadi nilai tambah untuk kita dalam mengenal dan membaca situasi, menyelesaikan permasalahan yang sebelumnya tersimpul, mengelakkan konflik dan sebagainya.


Dalam bersahabat, berjamaah, berorganisasi, tidak dapat tidak untuk kita berusaha meningkatkan kebolehupayaan dalam mengenal dan memahami situasi pihak lain. Jika ini tidak berlaku, pastinya konflik bakal timbul dan akan lahirlah sikap nafsi-nafsi. Melihat hanya diri sendiri yang betul dan hebat, memandang rendah pendapat yang lain, seolah-olah hanya kita yang diberi akal oleh tuhan. Sikap cepat menghukum, seolah-olah kita tahu segalanya tidak lain hanya akan membawa kepada kemudharatan, maka elakkanlah, yang demikian, usahakan apa yang dikatakan " Put Yourself in Other's Shoes "


Satu kisah Rasulullah SAW juga pernah disangka buruk sepertimana yang direkodkan dalam satu hadith sohih, maksudnya :


Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata : " Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah " ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi).

Baginda menjawab : " Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."

Lelaki itu terus beredar dan Khalid al-Walid berkata : " Adakah perlu aku memenggal kepalanya " (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad)

Baginda menjawab : " Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat ".

Khalid berkata : " Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata sesuatu yang tidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas : " Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka "

( HR : Bukhari & Muslim )

 

Lihat, bagaimana cara Rasulullah SAW, baginda sendiri tidak terus menghukum lelaki itu oleh kerana sifat manusia yang tidak mengetahui apa yang tersembunyi melainkan dengan izin Allah, apatah lagi kita yang biasa-biasa ini. Wallahu'alam...saya undur dulu.



p/s : remove & block

sumber : www.murabbi.net

Eid Milad Adikku.. =)


Sanah helwah sayang!


Fatin Nabilah Maliki (1 april ).. dan Hawwa Mokhti (2 april )...

Hari ini hari lahirmu..
Hari ini bertambah lagi usiamu..
Bertambah jua tanggungjawabmu..
Hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang..
Dek ujian yang akan mendatang..

Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak dan duri..
Hari ini ALLAH telah memendekkan lagi jarakmu denganNya..
Semakin berkurang tempoh beramal
Semakin kubur mempersiapkan tempat untukmu
Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput
Semakin dekat masa amalan diperhitung
dan Semakin hampir haruman firdausi dan azab jahannam

Selamat Hari Lahir ke 19..
Moga dipanjangkan umor & dimurahkan rezeki

Ujian itu tidak akan pergi meninggalkan kita sehingga kita mati.

Kerana itu, jangan bermimpi di siang hari.
Perkuatkanlah diri.


                       Hidup ini adalah pengembaraan untuk pulang ke kampung halaman(syurga).
Hidup ini adalah untuk mencari redha Allah.

Semoga ALLAH redha... =)

semusim bersama seabad terasa .. rindu ar-rosikhun Asiah!


Aku Insan Lemah


Aku Insan Lemah..

A I L

Yang sering lelah dalam nafasku sendiri...
Yang sering terhambat oleh batasnya waktu dinihari...
Yang sering tersungkur dalam ranjau berduri...
Yang sering rebah tak terdaya bangun berdiri
Yang sering sesat dalam hembusan kabus tak bertepi
Yang masih tercari-cari
hidayah mu Ya Illahi..

Aku Insan Lemah

Ingin aku mengadu padaMu Ya Allah
Dengarkanlah rintihan lemahku ini
Sujudku menghambakan diri dalam sunyi
Dalam heningnya suasana malam
Dalam dinginya embun pagi
Agar diaminkan jutaan malaikat
Agar segala pintaku Engkau berkat..

" Ya Allah , berikan aku ketenangan hati..
sepertimana yang aku harapkan sepertimana yang Engkau janjikan "

Kerana Aku Insan Lemah !

Sunday, March 11, 2012

Rehlah Yang Memberi Erti...



Adakah kamu tidak percaya dengan qalam Ilahi ?


A063
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Siapa yang dapat menyatukan hati-hati kita?
Kalau bukan Dia , siapa lagi..ALLAH.....

Alhamdulillah..
Hanya itu yang mampu ku katakan..
Hanya itu yang mampu terukir di bibir..


Semoga keredhaan dan kerahmatanNya mengiringi setiap detik dan langkah hambaNya yang dahagakan kasih sayangNYA..


Selamat dan aman sudah rancangan terakhir Majmuah 5 (mungkin ada lagi....masul ? )
Rehlah Tarbawi yang memberi seribu satu makna..


Yang mengikat hati-hati kami..
Yang memberi peluang untuk mengenali dan dikenali..
Yang mengajar erti kesabaran , erti ke"senyum"an, erti ke"ukhuwah"an yang tersendiri..
Yang mendidik diri untuk menerima , memberi dan berlapang dada ..
Yang......Yang.....Yang.....
dan sememangnya Yang Maha Pencipta mengetahui apa yang terbaik untuk maklukNya.


Tempat itu pasti terpahat di kalbu kami..
Tempat yang menjadi sejarah silam kami..
Tempat yang meruntuhkan keegoan kami..
Tempat yang mengundang kecamukan perasaan ..
Pasti akan kembali jika DIA mengizinkan..


Bersama hembusan bayu yang dingin..
Jadikan ia sebuah cerita kita bersama..
Jadikan ia penambahan saham kita di akhirat..
Jadikan ia wasilah kesyurgaNya..
Bukan ke nerakaNya..
Sama-sama mengejar cintaNya..


Runtuhlah tembok keegoan antara kita..
Runtuhlah semangat Nafsi-Nafsi dalam diri kita..
Runtuhlah tabiat bergosip di kalangan kita..
Runtuhlah semangat menyindir dan disindir..
Runtuhlah kejahilan dalam diri kita..
Moga mampu terus istiqomah!


Tegakkanlah keimanan dalam diri..
Tegakkanlah sifat Itsar dalam jiwa..
Tegakkanlah mahmudah dalam setiap qalbu..
Agar tertegaknya Islam dalam diri..


Ketahuilah sahabat..
Ukhuwah tidak perlu diperjuangkan jika dasarnya beriman padaNya.


Sangat-sangat menghargai sahabat-sahabat ini ..
Biarpun ada pergolakan dan perbalahan antara hitam dan putih..
Sangat sakit , sangat pedih , sangat perit untuk ditelan apatah lagi diluahkan..


Terkadang  terasa ingin membuang perasaan ini..


membuangnya jauh - jauh dari hidup ini 


tapi ia tetap menerjah..seperti ombak seperti badai 

pergi dan datang...pergi dan datang..tanpa dapat menolaknya


malah bertambah kuat menghempas ...


Tapi ku yakin, pasti ada yang terbaik walaupun bukan untuk diri ini tapi ada yang terbaik untuk sahabatku!



‎"Jadilah kamu orang yang baik, orang yang baik bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi, janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri."  - Sayyidina Ali bin Abi Thalib



Allah..Allah Maha Hebat !


Untuk sahabat yang disayangi...

Jadilah seorang sahabat yang berlapang dada, bukan seorang sahabat yang hanya tahu menghukum sahaja. Jadilah seorang sahabat yang memahami bukannya yang hanya mahu difahami. Sahabat, bukanlah sahabat jika kita sentiasa bersangka buruk pada sahabat kita.



Biarkan 'IA' berbicara , kerana ku tidak 'mampu' untuk bertinta lagi..


****************************************************************
8 Mac 2012
Perjalanan menuju Kg.Tujuh , Tumpat
Hati zikir Otak fikir ^^,






9 Mac 2012 8.30 pagi
Detik yang mengubah segala-galanya..



LDK 1 (Komen - komen )
Syukran Kathir for Pengarah Program yang bertungkus lumus , Fauzi



sangat2 memberi yang terbaik



mengkaji autograf sama tak dengan komen tu..erk!
credit to Yumni yang sangat suka warna Pink..dia punya kerja ni.. ^^,

Sesi kedua : Bersama Bonda
Amanat terakhir


tekun mendengar amanat umi


keluarga bahagia..cukup 5orang anak ustazah

ni slot yang istimewa macam debat dah!
sempat lagi!


Slot ke3 : Naik Itik
Sangat-sangat penat mengayuhnya..
Tapi Dapat Tadabbur Alam
Sungguh , di air agak-agak kita dapat bergantung pada siapa?


Doakan mereka...^^,
Keluarga Bahagia

Di rumah ummi..

Ukhuwah tidak cukup dilafaz di bibir. Biarlah susah senang dirasa bersama. Ko guane?

p/s : Jaga hati , jaga ukhuwah , jaga tarbiah , jaga diri..