Saturday, October 1, 2011

Dakwah...Maaf Saya SIBUK !!



"Aku bukan tak mahu ikut halaqoh dengan kau, tapi aku sibuk. Banyak assignment dan group discussion."

"Maaf ukhti, ana rasa ana tak dapat nak komitmen lagi dengan tarbiyah. Prestasi pelajaran ana merosot teruk."

S

I

B

U

K

SIBUK. Satu daripada 1001 macam alasan lagi yang sering diterima ketika seseorang diajak untuk ke program-program tarbiyah dan dakwah. Alasan sibuk memang terdengarnya relevan. Tetapi sungguh tidak rasional bagi mereka yang mahu menggunakan otak mereka untuk berfikir. Mengapa?


Semua Orang Sibuk

Jika namanya manusia, apatah lagi seorang pelajar, tentulah kita sibuk. Kuliah yang perlu dihadiri, tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan, dan pelbagai lagi tanggungjawab-tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.

Seorang bapa pula, jauh lebih sibuk. Mencari nafkah untuk meyara keluarga. Mendidik dan membimbing keluarga. Membahagikan masa antara keluarga dan kerjaya.

Namun yang pasti, mereka sentiasa ada masa untuk makan. Sentiasa ada masa untuk berehat dan tidur. Sentiasa ada masa untuk membaca surat khabar. Sentiasa ada masa untuk bermain bola di waktu petang. Sentiasa ada waktu untuk macam-macam lagi, kecuali hal-hal yang berkaitan dengan Islam, Dakwah dan Tarbiyah. Mengapa?

Realitinya

Sesibuk apapun kita, kita sentiasa punya 24 jam sehari untuk dihabiskan. Namun yang berbezanya adalah bagaimana cara ianya dihabiskan.

Ada yang biasa tidur 6 jam sehari di waktu malam. Bahkan ada yang tidur lebih lagi hingga 8 ke 9 jam sehari dicampur dengan tidur siang dan tidur dalam dewan kuliah.

Ada yang berbual-bual kosong, melayari internet, facebook dan bersosial ria hingga tanpa sedar, 3 jam berlalu sia-sia.

Jika kita ambil 1 jam sebagai contoh, pelbagai perkara boleh berlaku.

Dalam masa 1 jam, beberapa pasangan telah berzina dan beberapa orang anak luar nikah telah dilahirkan.

Dalam masa yang singkat itu juga, berapa banyak botol arak telah dituang,dan berapa ramai yang mengambil dadah dan ganja.

Dalam masa 1 jam juga,beberapa orang telah dibunuh, dirompak,diragut,dan dipukul.
Segalanya berlaku dalam masa 1 jam!

Pada sisi lain pula, banyak kebaikan berlaku dalam masa 1 jam. 

Bagi seorang pelajar, dalam masa 60 minit itu, sebuah sesi kuliah di sesebuah universiti berjalan. 

Bagi seorang suri rumah, sebuah lauk utama, sayur, dan nasi selesai dimasak dalam masa 1 jam.

Sebuah halaqah dapat dijalankan walau hanya sesi tilawah dan taujih.

Sebuah perbincangan telah selesai dengan satu agenda.

Sebuah perjalanan bas Plusliner daripada Seri Iskandar menuju ke Kuala Lumpur telahpun sampai Tapah!

Bagi mereka yang bertilawah, telahpun mendapat 1 juz tilawah serta tadabbur hanya dalam masa 1 jam.

Bagi mereka yang berdakwah, beberapa orang mad'u telah diziarahi dan disentuh hatinya dalam masa 1 jam.




 Pengalaman

Ramai mad'u saya yang tidak lagi mahu ditarbiyah bersama dengan alasan kesibukan. Masing-masing beralasan mahu fokus dengan pelajaran dan akan menjaga diri sendiri. Namun tidak sedikit yang saya temui membuktikan sebaliknya.

Ada yang sekarang tiap-tiap minggu turun ke Kuala Lumpur untuk sesi seminar Multi Level Marketing (MLM). Apa bezanya dengan kesibukan ikhwah-ikhwah yang setiap minggu berulang-alik dari Perak ke Selangor untuk mentarbiyah mad'u?

Ada yang sibuk dengan aktiviti persatuan. Mesyuarat berjam-jam, kadang-kadang hingga larut malam. Lepas mesyuarat singgah kedai mamak minum-minum bercampur lelaki perempuan bukan mahram sehingga jam 2 ke 3 pagi. Apa bezanya dengan kesibukan ikhwah-ikhwah yang berhalaqoh sehingga jam 3 pagi?

Benarlah kata-kata seorang ikhwah:

"Manusia ini, kalau tidak disibukkan dengan hal-hal dakwah, mereka tetap akan sibuk dengan hal-hal keduniaan."

Dan untuk hal-hal keduniaan, apatahlagi untuk hal-hal yang disukai oleh hawa nafsu, tidak pernah ada masalah atau alasan yang dikemukakan. Hanya untuk hal-hal yang berbau keislaman sahaja yang akan menjadi masalah. Kerana syaitan telah memainkan peranannya.

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui.
[Al-Baqarah, 2:268]

Untuk urusan keislaman, rugi terasa meluangkan masa.
Cuba kalau tiba-tiba kawan ajak main game atau tengok movie tambah-tambah cerita korea dan anime? Sukar sekali untuk ditolak. Walaupun esok ada test! Nampak sangat menipunye!


~Nampak sangat menipunye~


Penyelesaiannya : Letakkan Prioriti


Mengapa orang masih boleh makan walau sesibuk apapun dirinya? Kerana dia merasakan makan itu prioriti dan meninggalkannya suatu masalah.

Mengapa jika tiba-tiba seseorang sakit perut, dia pasti akan cari tempat tersorok untuk menyelesaikan hajatnya? Mengapa tidak beri alasan sibuk dan tiada masa lalu buang sahaja di mana-mana? Kerana malu dan maruah diri menjadi prioriti hidupnya.

Begitu juga jika kita menjadikan Dakwah dan Tarbiyah sebagai prioriti dalam hidup kita. Hendak atau tidak, kita tetap akan melapangkan masa. Jika kita mahu, semuanya boleh berlaku. Namun jika memang tidak mahu, tiada siapapun yang boleh membantu.

Kesibukan sudak pasti bukan alasan. Ia hanya perkataan busuk yang digunakan oleh mereka yang kontot akal fikirannya untuk melarikan diri daripada dakwah dan tarbiyah.

Kata-kata Ustaz Zikro:
"Simpalah alasan-alasan kamu itu dalam pendrive baik-baik. Nanti depan Allah SWT di akhirat, keluarkan, semoga Allah menerima alasanmu itu."

Ya-Allah, kekalkanlah kami untuk bersabar dalam kesibukan mempertahankan keimanan diri, keluarga, ikhwah-akhwat dan orang-orang yang beriman.

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
[Al-Kahfi, 18:28]


p/s :
 Duhai hati,

Terima kasih kerana engkau semakin kental. Terima kasih kerana engkau semakin memulih. Aku cuma mahukan engkau sentiasa sihat diisi dengan baja keimanan.


 To all readers~ =) Wah, semangat dah kembali, konon la tak ada semangat eak?


Doakan saya yea sahabat2,moga2 setiap kesusahan itu akan dituruti dengan kesenangan dalam mencurahkan jawapan di helaian2 kertas..ermm..


esok medan jihad bagi seorang student akan bermula.(^^)V


~semangat untuk menghafal~ WAJIB !!!


Tak nak coret-coret lagi...


Moga-moga mendapat ibrah..insyaALALH..


jom koreksi diri !! ~MESTI~