Friday, September 23, 2011

Sekadar PerkONgsian : SetItiS PeNa SeCETus rasA


Salam Sayang..Moga-moga Hari ini penuh bermanfaat untuk kita semua..
Hari Jumaat..Hari yang penuh barakah..
insyaALLAH...semoga dipermudahkan...

jom selawat dulu


Sedang sibuk menyelesaikan kerja..tetiba terjumpa satu artikel yang pernah saya nukilkan untuk sahabat-sahabat APIUM...

Teringin pula hendak mengPost di BLOG ini..yelah blog ni pun sering dilanda kesunyiaan...
Moga-moga kita semua mendapat manfaat darinya ..amin =)

**********
بسم الله الرحمن الرحيم....
الحمدلله رب العلمين..والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه اجمعين....

Alhamdulillah..alhamdulillah…syukur kehadrat ILLAHI dengan limpah kurnia dan inayahNYA…
kita masih dapat merasai lagi nikmat iman dan islam..
setinggi-tinggi pujian bagi ALLAH Rabbul Alamin…
selawat dan salam keatas rasulullah s.a.w kesejahteraan dan kemuliaan bagi para syuhada’,mujahidin dan amilin yang sentiasa berjuang bagi menegakkan dan meninggikan kalimah ALLAH…..

Salam penuh himmah dan kemuliaan buat sahabat-sahabat…..

Kaifa halukum jami’aan? 
Mudah-mudahan antum semua berada dalam payungan keimanan dan ketaqwaan yang membulat kepada Allah SWT.

Semoga hari ini akan memberikan kekuatan yang akan menginspirasikan dan memotivasikan kesungguhan kita dalam melakukan usaha dengan terbaik demi  meneruskan kehidupan ini dengan warna-warna keimanan yang sebenarnya.

Sebelum bicara mengorak langkah,ana menyeru diri sendiri dan  sahabat-sahabat semua  ,
 Jom kita sama-sama  menghayati bait-bait lagu ini…



 ‘’JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH,KAU HAMPIR BOLEH MELAKUKANNYA..
JIKA KAU FIKIRKAN RAGU-RAGU,USAHAMU TIDAK MENENTU..
JIKA KAU FIKIRKAN KEKALAHAN,KAU HAMPIRI KEGAGALAN..
JIKA KAU FIKIRKAN KEMENANGAN,KAU HAMPIRI KEJAYAAN..
ENGKAULAH APA YANG KAU FIKIRKAN,TERKANDUNG DALAM PEMIKIRAN…”

Bait-bait lagu diatas seringkali kita dengar dan dialunkan di alam persekolahan..betul kan?

Ana ingat lagi sewaktu minggu peperiksaan..lagu ini sering dialunkan, untuk memberi semangat dan yakin dengan diri sendiri.Nampak suatu perkara yang remeh.Alah,,lagu budak-budak sekolah.


Tapi cuba kita hayati dengan teliti,ada makna yang tersirat yang mungkin memberi impak kepada kita.

Kita adalah apa yang kita fikirkan.


Melangkah ke menara gading sebagai mahasiswa adalah sesuatu yang diimpikan oleh ramai remaja diluar sana.



Namun,hanya orang yang terpilih sahaja yang berjaya berada disini.Ya…berada disini..di Akedemi Pengajian Islam,Universiti Malaya..Nilam Puri.






Terpilihnya kita disini,bermakna kita membawa seribu impian orang sekeliling kita dan diri kita sendiri,bahkan untuk agama ALLAH itu sendiri!!!

Firman ALLAH S.W.T :
“Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”-surah alimran:104-
Sepatutnya kita merasa bangga,kerana apa..insyaALLAH kita diantara ‘’golongan’’ yang disebut oleh ALLAH dan telah memilih kita untuk menegakkan kalimahNYA di atas muka bumi ini.

Mampukah kita memenuhi harapan dan memburu impian tersebut?
Kalau difikirkan,argh…..beratnya amanah yang bakal dipikul.Mampukah aku…????

Sahabat…
Percayakah kita bahawa Yang Maha Pengasih telah berfirman dalam QalamNYA…
“….ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya….”-surah albaqarah:286-
Jadi,sudah terang lagi bersuluh..



sahabat-sahabat dan adik-adik yang disayangi..kita orang yang dipilih oleh ALLAH untuk menyahut seruan meneruskan tradisi memartabatkan ilmu di muka bumi ALLAH ini.

Persoalannya..bagaimana merealisasikannya?

Tekadkan azam sahabat-sahabat…

dan ubah persepsi antum semua..bila berbicara mengenai azam hanyalah bila menjelang tahun baru.Kemudian lenyap dan berkubur seiring dengan perjalanan masa yang pantas ataupun azam itu akan menjadi azam untuk tahun hadapan.

Ubahlah segera…Shift your paradigm….!!!!

Azam tanpa matlamat sudah tentu impian sukar digapai apatah lagi dicapai.

MATLAMAT.Jika kita menyebut perkataan ini, rasanya apa yang terpapar di minda antum semua….Tujuan,destinasi,halatuju dan beberapa perkataan lain yang seerti dengannya akan muncul.Betul kan?

Matlamat menjadi perkara yang amat penting untuk kita kekal bertahan di atas jalan perjuangan kita.Jika kita samar dan kabur mengenai matlamat kita,pastinya kita akan cepat berputus asa.

Betul?


Seorang ulama berkata”berputus asa di tengah jalan itu adalah kerana berlakunya kesilapan di titik mula”

Sekarang ana bertanya,apa matlamat anta/enti berada disini…di APIUM?

Jika antum bertanya pada ana,Matlamat ana..hidup ini untuk mendapat redha ALLAH,dan mengajak manusia lain bersama-sama kearah itu…manakala visi MPP,Memartabatkan Kampus Akedemi Pengajian Islam sebagai Kampus Ilmu.

Ini semua adalah contoh yang membakar semangat kita menyebabkan kita sukar berputus asa.

membakar jangan sampai terbakar

Setiap kali kita lemah semangat,kita akan ingat kembali tujuan kita memulakan langkahan.Secara tak langung.kita akan bersemangat dan keluar daripada berputus asa,tambahan lagi jika matlamat itu besar dan kukuh..

Hidup perlu bermatlamat.

Tanpa matlamat ibarat menembak tanpa sasaran.

biar tepat!!!

Sudah tentu ia sia-sia belaka. …binalah….

Binalah matlamat..!!!

Sahabat…

Ketahuilah,kebijaksanaan dan ilmu itu hakikatnya adalah milik umat islam yang telah lama hilang.Maka jika kita bertemu dengannya di mana-mana,hendaklah kita bersegera mengambilnya.


Ana yakin antum semua merupakan orang yang sedang menuntut ilmu.Tidakkah antum merasakan diri antum ini beruntung sebenarnya??

Ana yakin 101% antum semua beruntung..sangat-sangat beruntung…berada di APIUM…disini banyak mutiara-mutiara ilmu yang hanya perlu kita kutip sahaja.

Ingatlah.diri kita adalah penentu nasib kita..!!!

Pesoalannya,adakah kita bersungguh-sungguh menghayati ilmu yang sampai kepada kita?

Sejauh manakah kita berusaha untuk menambah ilmu kita?Sejauh manakah kita berusaha untuk meletakkan diri kita sebagai orang yang lebih baik?

Antum perlu menjawabnya sendiri,kerana ana juga perlu menjawabnya sendiri.

kita yang tentukan jalan...


Akhir kalam,

AHLAN WASAHLAN SAHABAT-SAHABAT DAN ADIK-ADIK YANG DICINTAI….

kebumi barakah pilihan ALLAH..bumi cinta nilam puri..bumi yang menjadi saksi lahirnya para ulama’ pewaris anbiya’..

sahabat2 dan adik2 ku sayang,

melangkahlah dengan penuh yakin dan tersenyum..

semoga ALLAH mengiringi langkah kalian….

Marilah sama-sama kita menghisab,berfikir dan koreksi diri.Jom teliti kehidupan kita!!!

**********

p/s : nota kali ini bukan sekadar sahabat-sahabat di APIUM..malahan untuk sahabat2 saya yang tegar mencari ilmu di bumi TUHAN ini..moga-moga kalain diberkati..
masa yang menghimpit..membuat diri ini benar-benar terculas dalam beberapa perkara..moga2 ini tidak akan terjadi untuk selamanya...

...berdoalah kamu kepadaKU, nescaya akan KUperkenankan bagimu...(Al-Mu;minun;60)