Saturday, September 17, 2011

Perjuangan Hassan Al Banna masih subur lagi...



Salam Mahabbah sahabat-sahabat..


Kesibukan dan kealpaan sering mengundang diri ini...


Hari ini jom kita bicarakan tentang seorang pejuang islam yang begitu banyak sumbangkan baktinya pada ISLAM..



Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.


dikatakan ini istana raja farouk

Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. 

Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan. 

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah.

Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin.

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..

Sahabat-sahabat...
Bukan mudah sesuatu perjuangan itu untuk ditegakkan..
Lihatlah sendiri pada saat ini..
Dengan kemaslahatan ummah yang telah menjadi virus-virus..

Siapakah yang harus mengubahnya?
Jawapan itu terletak pada diri masing-masing..

Warisan Tugas Dakwah

Sahabat, tugas dakwah ini tugas kita, sebab kita telah belajar apa erti kesusahan Rasulullah dalam menyebarkan agama, kita telah merasai kemuliaan para sahabat yang mengalirkan air mata pengorbanan hingga dapat membangunkan Islam di seluruh pelosok dunia. Mereka bangun dengan semangat jihad yang dibentuk oleh al Quran dan sunnah Rasulullah, di hati-hati mereka tiada perasaan gentar atau takut selain dari Allah.

Mereka faham benar apa yang dimaksudkan di dalam ayat “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya” Surah As Saff ayat 2-3. 

Sebab itu sahabat, dengan nasihat yang lahir dari lubuk hati ini, dengan ikhlas aku menyatakannya kerana aku ingin melihat cahaya Islam itu semakin gemilang, agar Rasulullah mampu tersenyum andainya melihat sinarnya Islam selepasnya tidak kunjung padam. Moga-moga dengan amal ikhlasmu dalam juang akan dipandang oleh Allah dan diredhaiNya di dunia dan di akhirat sana. Insya Allah…

NASIHAT : PESANAN (Assyahid Imam Hassan al Banna)

Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain dari kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermulanya daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari suatu perjuangan yang panjang.

Jom sahabat-sahabat..
Sudah masanya untuk kita menggerakkan ummah yang kian layu,lesu dan lena dengan duniawi...


Sunday, September 11, 2011

Perkongsian : Menulis untuk menyentuh HATI...



Dalam kesibukan Allah memberi saya ruang untuk mencoret sesuatu ..moga-moga entry kali ini dapat mendekatkan diri kita dengan Illahi..insyaALLAH..


Entahlah sama ada tindakan saya ini betul atau tidak..tetapi hati ini ingin bertanya sesuatu yang sering bermain di minda..mungkin ini caranya..


Mungkin ini dapat menjadi saham akhirat saya kelak...(dalam hati saya mengaminkan..)


Alhamdulillah serba sedikit saya mendapat jawapannya...


Sahabat-sahabat nak tau apa yang sering bermain di legar fikiran saya??


Ini antaranya :



  • Bagaimana nak menjadi ''penulis'' yang benar2 menyentuh hati2 mad'u.Yildirim Fath??



  • Yildirim Fath yg ini berkaitan dgn blog ke?,,klau berkaitan dgn blog, ana akan kongsi kan berkaitan blog..kalau tak berkaitan tak mengapa,,ana akan kongsikan jugak...perkara asas,kita tgk blog kita dulu,berat atau ringan? lagi satu penulisannya bagaimana..bhs kena mudah,font tulisan,kena justify,,kalau sajak xpayahlah justify,cumanya ini jugak faktor untuk mnyentuh,,

  • Yildirim Fath yang kat ats itu macam ringkas je ana rasa..tapi xpa,,masuk perkara kedua. isu yang kita bawa itu bagaimana?kalau umum alhamdulillah,,kalau khusus bagaimana pula?kalau cara pembahasan kita diumumkan alhamdulillah,makna akan ada org faham dan akan ada juga yg akan tersentuh..

  • Yildirim Fath yang ketiga,,,kita kena ada "role-model" dlm penulisan nie..mcm hidup kita jugaklah,,"role-model" kita rasulullah..ana selalu tgk langitilahi,lautan rabbani,brohamzah,usrahkeluarga,bayyinat,,,dan byk lagi,,cumanya ini yg paling utama...Act,ana banyk rujuk blogger langitilahi...DAN DAN yang tersngt utama,,kena banyak baca buku..

  • Yildirim Fath dalam bab pembcaan nie,,kena bc byk,,idea ana lahir dr pembacaan bnyknye..ana rasa jelah..ana selalu rujuk buku Dr Aid Al-Qarni..dll lain2 ulama muktabaar,,dan tulisan berdasarkan pengalaman itu jugak yg terbaik,,yg dari hati lagi baik,,...

  • Yildirim Fath antara perkara yg paling baik,,kena masukkan dalil,,kalau ada kata2 tarbawi jugak boleh masukkan dlm penulisan kita,,,mcm :" Islam tidak akan dibangunkan oleh mukmin yang bangun selepas azan Subuh!"""contoh sahaja..sbbnya ada org dia tak terkesan sgt dgn pnulisan kita yg panjg3 nie,,mungkin dgn kata2 yg ringks mereka tersentuh,,dalam bab kolum nie ana masih belajar,,,




Seingat saya..saya pernah bertanya soalan ini kepada "Bayyinat"..dan yang perlu ditekankan hubungan kita dengan ALLAH..bagaimana sahabat-sahabat ?



Doakan saya agar satu hari nanti saya dapat menjadi DAIE yang tidak mendatangkan fitnah pada islam..(ini yang paling saya takuti...kadang-kadang melalui penulisan,dan ini antara ujian yang hebat...)

Saya syorkan sahabat-sahabat cuba membaca buku 'Bagaimana Menyentuh Hati : kiat-kiat memikat objek dakwah' oleh Abbas as-siisi...saya pun sedang cuba menghabiskan buku ini...jika berkesempatan saya akan kongsikan apa yang menarik didalam buku ini..

Moga-moga kita semua beroleh manfaat untuk entry kali ini...insyaALLAH...dan 
jazakallahukhoiran Yildirim Fath dan sahabat-sahabat yang banyak membantu..

Semoga ALLAH redha..