Friday, March 4, 2011

..kerana Dirimu begitu Berharga....


 Sobahalkhair...
Macam ner hari ni....
agak-agak ade tak satu kebaikan yang kita buat hari ini..
kalu lebih lagi bagus..
time-time kritikal macam ni lak ..
duk sibuk nak post something..
hmm..nak wat camner..
kerana dirimu begitu berharga....(",)

Exam pun dah hampir nak sampai ke penghujung...
juz tinggal maqal,nahu soraf dan asas komputer...
tapi 
belajar takkan ade penghujungnya...
betul tak??
dan ni bermakna...
sem2 dah nak abis..hanya menghitung hari...
dan nampaknya senior2 akan terima permata2 yang baru....
 
hmm...
Saat-saat yang diberikan oleh ALLAH ini...
nak say something....
post kali ni istimewa untuk sahabat ana...

 Syafiqah Ayob,Amir Yazid n Lutfi..
 (don't angry with me..ok..)
cuba cari mana diorang....(^^)

yang baru ditaklifkan sebagai pimpinan APIUM CLUB
Salam Tahniah dan Takziah....
betulkan niat,jalankan tanggungjawab demi mencari keredhaanNYA..
Teguhkan jiwa kalian dalam menghadapi onak duri sebagai pimpinan...

Untuk renungan kita bersama:
Dalam sebuah perjalanan,
ALLAH amanahkan sebuah perjuangan,
Terimalah dengan kekuatan...
Kuatkan kakimu di jalan NYA..
Disebalik kesusahan ade kekuatan..
Disebalik keperitan ade kemanisan...
Moga keredhaanNYA sentiasa bersamamu...


Tak lupa juga untuk cik Raudhah kita..
yang menjadi juara dalam edit gambar...
dalam minggu wardatul afifah...

hasil penat lelah cik raudhah...

Ana bersyukur dapat berkenalan dengan kalian semua..
yea..macam-macam ragam..pe'iil ore qlate kato...

syukran sahabat-sahabat ana yang lain juga...
sarah,zahra,ayu,yati,k.mar,k.nida,k.naz,fiezah....n so on...
tak lupa juga kat akak sebilik k.faizura ariffin,k.fatin aimy..
kak oasis k.zue n k.tierah..umi za,umi sya
terlalu ramai..
letih juga nak menaip ni....he3
tapi biarlah ana ingat kalian dalam doaku....
tu semestinya untuk sahabat2 yang dicintai...


Ya Allah....
 Dalam aq mencari redhaMU Tuhan..jiwaku perlu kepada mutiara ihsan..
Qalbuku perlu kepada permata iman..agar diriku indah dengan Nikmat Islam..
TAPI...
Bagaimana harusku merasai semua itu tanpa bantuan seseorang TEMAN 
yang mampu menjadikan diriku menuju kesisimu Tuhan..
Hadirkanlah ia dalam perjalanan hidupku untuk selamanya...

Teman tu adalah kalian semua...
yea...kalian semua..antunna semua...


Sahabat...pesanku dalam qalam ini..
Janganlah berjalan didepanku..kerana aq takkan mengikutimu..
Jangan berjalan dibelakangku..kerana aku takkan menjadi ketuamu..
Tetapi..
Berjalanlah disebelahku..
kerana ku ingin kau menjadi sahabatku sampai akhir hayat...
uhibbukunna fillah..
miss u all...

oklah..rasenya qalam kali ni kena berhenti setakat ni dulu..
banyak lagi kerja yang sedang menanti...
macam ana cakap sebelum ni...
tanggungjawab melebihi masa yang ade..

ape2 pun..ingat..
mencari dan terus mencari cinta ILLAHI demi menggapai 
tittle "Khalifah berjiwa Hamba"..

ASSALAMMUALAIKUM  w.r.b..(",)

Sunday, February 27, 2011

Dalam Rumah Mencari Rumah..?



 Salam mahabbah....Salam mujahadah...('',)

 Hmm ...sekarang ni dalam musim peperiksaan,demam exam katakan..huhu....
 Sem kali ni memang sibuk...banyak lagi benda yang belum settlekan..
Masa makin singkat,kerja makin bertimbun...
dan saya 100% akui tanggungjawab lebih banyak dari masa....

 Sambil-sambil membaca,menghafal tu ana nak berkongsi sikit tentang satu cerita..
tajuknya macam kat atas la...
cerita ni ana dapat time halaqoh pada setiap petang di 'amk'..he3.

Ceritanya macam ni,
dalam sebuah rumah..tinggal seorang ayah dan seorang anak lelaki..
Pada suatu hari,si ayah ni mundar mandir kehulur-hilir,
sekejap kedapur,kemudian ke bilik,then ke beranda..dan macam tu la seterusnya....
si anak ni pening dan semestinya pelik melihat gelagat ayahnya..
lalu dia pun bertanya kepada ayahnya apa yang ayahnya cari 
dan kenapa ayahnya berkelakuan begitu... 
(kalu xfaham,asif..terbelit lidah nak susun ayat..)
 hmm..ayahnya mengatakan dia mencari rumah...
si anak ni,pelik dengan jawapan ayahnya..
dan ana pasti antum semua juga pelik...
betul tak??



Dalam cerita ni terdapat satu analogi yang boleh kita buat...
ape yea?
ok..rumah tu..kita boleh ibaratkan sebagai dunia..
dan si ayah tu adalah kita,manusia..
ape yang nak dikatakan,kita sebagai manusia yang berada dalam rumah takkan mencari rumah juga..
kenapa si ayah tu tak mencari kereta ke,makanan ke..
dan macam tu juga kita yang bernama manusia..
dahlah berada didunia takkan mencari dunia juga..
ape yang patut kita cari?
tentulah bekalan untuk kehidupan kita disana,akhirat....

Kerana kematian itu satu kepastian..entah hari ini,esok,lusa pasti kita akan bertemu jua..
jadi marilah kita mempersiapkan diri kita dengan amal ibadat yang akan membela kita diakhirat nanti...

Tak kira dimana tempat kita berada..bila sampai waktu ia pasti menjemput kita...
disaat itu,adakah kita sudah bersedia..??
adakah cukup amalan kita selama ini..... 


Kehidupan adalah satu penantian yang tak pernah berakhir... 

Firman Allah s.w.t:
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".
(Al-Baqarah 2:132)

fikir-fikirlah sahabat...

p/s:peringatan untuk diri ini juga....