Monday, February 7, 2011

*aNTaRa pEmbElA AgAmA ALLAH*

بسم الله الرحمن الرحيم....

Ana merasa kagum dengan seorang wanita yang sanggup menggadaikan nyawanya demi mempertahankan maruah ISLAM yang tercinta...yang sanggup mengorbankan harta,nyawa dan anything for ISLAM..

Terlintas juga di hati..adakah aku boleh mempertahankan kesucian islam seperti beliau malah lebih baik lagi..adakah aku boleh mengembalikan kegemilangan islam..atau adakah aku penyebab terfitnahnya islam..nauzubillahiminzalik...ana menyeru kepada diri ana sendiri terutamanya,dan sahabat-sahabat..sanggupkah kita mengorbankan segala-galanya demi islam..demi ALLAH...fikir-fikirlah wahai muslimah...tepuk dada tanya iman anda...

Haiyya nata"ruf  PEMBELA AGAMA ALLAH.....



bersama keluarga tercinta


Dr.marwa el sherbini....
Born 7 October 1977(1977-10-07)
Alexandria, Egypt
Died 1 July 2009(2009-07-01) (aged 31)
Dresden, Germany
Cause of death Stabbing
Resting place Alexandria, Egypt
Nationality Egyptian
Occupation Pharmacist
Religion Islam
Spouse Elwy Ali Okaz
Children Mustafa


Marwa el sherbini seorang pemilik farmasi dan pemain bola baling berasal dari mesir yang berusia 32 tahun dan memiliki perawakan yg cantik.
Dia jUgA seorng muslimah yang begitu menjaga auratnya dari tangan kotor seorang manusia yang mngalami penyakit islamofobia.
Kini dia telah mninggal dunia dalam keadaan syahid kerana mati ketika mempertahankan kehormatan,kandungan dan imannya…
Pada awalnya mereka berdua tinggal di Bremen kmudian berpindah ke Dresden pada tahun 2008.Namun kehidupan mereka tidaklah seperti yang diharapkan kerana Dresden bukanlah kota yg sesuai terhadap muslim,apatah lagi terhadap seorang muslimah bertudung…
Dugaan demi dugaan datang bertalu2 daripada jiran tetangga yang sangat membenci islam..
Orang yang dikenali sbgai Alex W berketurunan jerman-rusia berusia 28 tahun yang setiap masa mencaci dan memaki dengan panggilan “terorist”,”pembantai”,”b**ch”dan lain2 kepada marwa el-sherbini.Bahkan cacian dan makian tersebut dilontarkan di tengah2 keramaian kota Dresden serta dilihat oleh orang-orang sekitarnya,namun tidak ada satu pun yg menolong Marwa.Bahkan beberapa kali pula alex menarik tudung yang dipakai Marwa di depan umum mmbuat Marwa mmbela diri…
Marwa mlaporkan kEjadiaN kEpada pihak berkuasa dan alex didenda sbnyk(ana pon xtahu brapa euro)
Namun alex tidak mahu menerima kputusan tersebut lalu mminta perbicaraan kembali…
Bermula tarikh tersebut 1 julai 2009,Marwa yang sedang menjadi saksi ditikam oleh alex dari depan sebanyak 18 kali dalam 30saat....
Suatu kisah yang tidak pernah kita dengar kerana pembunuhan yg sadis tersebut berlaku di khalayak ramai tanpa ada siapa yg mmbantunya(alex dan org negaranya mmg crazy…KEJAM!!!!)
Apa yang lebih memilukan kejadian itu disaksikan sendiri oleh anaknya yang baru berusia 3tahun malahan ketika suaminya hendak menolong dia juga turut ditikam dan ditembak oleh polis yg mngawal perbicaraan tersebut…
Sehingga kini,tidak diketahui apakah tembakan itu disngaja@tersasar yg sepatutnya ditujukan kepada alex…Marwa sndiri mninggal dunia setelah menerima 18kali tikaman pisau(masyaAllah sakitnya..)dikatakan ketika ditikam marwa sedang mngandung 3bulan(Allahuakhbar!!)
Sementara suaminya pula mengalami pendarahan yang teruk kerana tertembak di bahagian paru-paru.
Tokoh muslim pula mngatakan pembunuhan terhadap marwa adalah pringatan tentang kuatnya islamophobia di dunia barat.”apa yang terjadi pada marwa sangat berbahaya”,kata sami dabbah ,pngacara “coalition against islamophobia”.”kami sudah mengingatkan bahawa suatu hari kita akan melihat seorang wanita muslimah yang akan dibunuh kerana jilbabnya”
 
HARI HIJAB SEDUNIA
Satu cadangan telah dikemukan bagi mngingati hari kematian beliau iaitu pada 1julai.Dimana pada hari itu dijadikan “hari hijab sedunia”(world hijab day).Usul ini mendapat reaksi positif dari pelbagai pihak seperti organisasi perlindungan hijab,pejabat federation of Islamic organizations di eropah dan sebagainya.
Dekan fakulti usuluddin dan falsafah university al azhar,Amina Nusser juga menyokong cadangan tersebut..Mohamed al-Bazzawi ketua persatuan muslim Denmark juga turut sama mnyokong cadangan tersebut…
Menyedari hakikat tersebut,satu protes besar-besaran telah dilakukan di mesir dan iran setelah mengetahui bahawa berita tentang kematian Marwa El-Sherbini ditutup oleh media-media eropah dan dunia.
Kita boleh melabelkan wanita ini sebagai Al-Mujahid Marwa El-Sherbini kerana perjuangannya tersebut dan kita mahukan lebih ramai Marwa dalam mempertahankan maruah islam di mata dunia.insyaAllah..

Moga-moga kisah ini dapat menjadi intibah buat kita semua tak kirlah muslimah or muslimin,rijal au nisa...yang penting perjuangan untuk mempertahankan islam..ingatlah sahabt-sahabatku,jika kamu bantu agama ALLAH..nescaya ALLAH akan bantu kamu,,,,



Ya ALLAH,izinkan darah para syuhada mengalir dalam diri kami,izinkan semangat para mujahid subur dalam jiwa kami,relakan nyawa kami dituntut kerana membela agamuMU..amenn..


  WALLAHUA’LAM….

SALAM PERJUANGAN SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN..

**sebar-sebarkan bicara ini yer..jgn kedekut ilimu**