Thursday, August 25, 2011

mERenunG kEmBali HARI al-Quds SedUNiA..

Jom mulakan dengan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Moga-moga pada hari ini kita semua mendapat satu suntikan motivasi dari ILLAHI....

InsyaALLAH...

Kali ini, saya hendak berkongsi satu peristiwa Hari AL-QUDS...
Saya yakin sahabat-sahabat pasti mengetahuinya...
Sekadar untuk me'refresh' balik...



Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 21 0gos 1969 dimana seorang bangsa yahudi warga australia ,Denis Rohan telah mengambil tindakan untuk membakar Masjid AL-AQSA..

Berlaku di waktu subuh selepas muslimin menunaikan solat subuh dan meninggalkan masjid,Denis Rohan telah ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut tetapi ia dapat dikesan oleh pihak Masjid al-aqsa dan rohan ditangkap.

Rohan dibenarkan kembali ke Palestin oleh pemerintah Israel pada tahun berikutnya dan berjaya membakar masjid al-aqsa dengan bantuan pihak yahudi pada 21 0gos 1969.

Kebakaran tersebut menyebabkan tiga kawasan utama masjid al-aqsa terbakar iaitu :

  • Masjid Umar yang terletak di penjuru sebelah selatan masjid al-aqsa . Ia adalah masjid terawal dibina oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa membuka al-quds pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636.
  • Mimbar Solahuddin Al-Ayyubi dan mihrabnya. Ia dibakar untuk menghapuskan tanda pembukaan al-quds yang telah dilakukan oleh solahuddin al-ayyubi pada tahun 583H bersamaan dengan 1187.Mimbar tersebut dibina untuk membaca khutbah di atasnya semasa membuka al-quds
  • Pintu atas yang terletak di penjuru sebelah barat daya masjid al-aqsa yang ukuran tingginya ialah 10 meter dan susah untuk dinaiki dari dalam masjid tanpa menggunakan tangga yang tinggi.
Kesan pembakaran tersebut mengakibatkan terbakarnya mimbar salahuddin ,masjid umar,mihrab zakaria,maqam arbaien,48 tingkap masjid musnah, dua tiang utama masjid tumbang, kesan-kesan sejarah,karpet,perhiasan ayat al-quran dan selainnya terbakar. Dianggarkan lebih dari 1/4 masjid al-aqsa musnah terbakar.

Rohan dibebaskan dengan alasan dia tidak siuman dan gila walaupun dia sebenarnya seorang doktor.Denis Rohan mendakwa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan tuntutan Kitab Zakaria.Ia adalah satu kewajipan agama Yahudi yang mesti dilaksanakannya.



Pembakaran ini merupakan sesi perancangan yang berterusan yang dilakukan oleh Yahudi bagi membina kembali Haikal Suaiman.

Pembakaran Masjid al-aqsa pada 21 ogos 1969 mendorong negara-negara islam menubuhkan OIC sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan masjid al-aqsa sebagai isu utama.




Semenjak itu, 21 ogos dianggap sebagai Hari Al-Quds sedunia.

Allah s.w.t berfirman :
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (A-li'Imraan 3:139)




No comments:

Post a Comment