Wednesday, July 13, 2011

...BUMI TARBIAHKU....


*************** ***************


ku renungi hari-hari esok…
di bumi tarbiah ini…
kian suram dan penuh persoalan.
Terasa dasyatnya gegaran yang melanda di taman indah milik kita ini..

Cemas dengan keasyikan dan kealpaan 
kita melewati hari-hari yang berlalu tanpa henti....
hinggakan kita menjadi generasi bumi tarbiah yang kian runtuh..

Kemana hilangnya kekuatan mujahadah yang sering kita tuturkan??

Mengapa kita tidak bisa memelihara kemeriahan bumi ini 
dengan kesuburan nur iman dan ukhuwah?

Malah kita hanya perlu meneruskannya 
bukan seperit untuk mewujudkannya seperti generasi awal terdahulu...

Hari demi hari,
kita makin jauh dari ILLAHI..



Kemegahan kita sebagai generasi yang berpegang pada kalimah ar-Rahman 
selama ini,bisa lenyap dan berkubur...
entah esok atau lusa,malah hanya dalam sekelip mata..

Entah bila persoalanku ini bisa terurai...
Selagi qudwah hasanah sudah tidak menjadi mahkota kebanggaan kita,
selagi itulah bumi tarbiah ini akan terus hilang identitinya,
runtuh dan kian runtuh!!!

Kenapa hari ini taqwa bukan lagi pakaian kita??

Malu bukan lagi hiasan kita…??

dan ilmu bukan lagi hasil kita??

Adakah semua itu sudah tidak cocok dengan naluri kita yang hidup dalam arus globalisasi….?

Tidakkah kita sedar,nilai-nilai yang ada disini menepati nilai-nilai islam..
Ketahuilah,
nilai-nilai islam adalah nilai-nilai yang terus unggul 
untuk dipertahankan hingga ke akhir zaman...
 biar sehebat mana pun zaman berubah..

Siapa lagi yang harus mengubah 
kemelut penghuni bumi tarbiah 
yang sudah kurang mengenali identity islaminya lagi?

Mampukah helaian bisu ini mengubah keadaan?
Jawapan bagi persoalan ini ada kepada diri kita sendiri..

Malulah kepada ALLAH..
kerana sanggup mencalitkan najis ke taman kudus ini..
dengan mengasingkan diri dari etika islam yang diperjuangkan..

Sanggupkah kita menjadi golongan peruntuh itu?????



Sedarlah wahai ikhwah dan akhowat………

Generasi bumi tarbiah 
adalah generasi pembentuk keperibadian islam dalam masyarakat nanti..
Masyarakat memerlukan sumbangan kita...

Kalaulah generasi da’e seperti kita
turut lemas dan terumbang-ambing dengan kemelut nafsu 
dan syaitan sebagai penasihatnya,
bagaimana..bagaimana...
kita mampu membina kecemerlangan sebuah masyarakat keperibadian Islam?

Siapakah  yang harus mereka contohi?
Kita tidak mahu masyarakat kita nanti,
cemerlang akedemik dan ekonominya sahaja 
namun kontang dari segi iman dan akhlak.

Jika perkara begini terjadi,
maka kaburlah impian kita 
untuk melihat intifadho umat islam kembali 
menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH 
di persada antarabangsa.



Masakan tidak,jika asas pentarbiahan umat isla
separuh ini,impian hanya akan tinggal mimpi.



Mungkinkah pada hari esok masih menjanjikan sinar 
untuk kita mengembalikan kegemilangan Bumi Tarbiah ?

Kalau bukan kita siapa lagi?

Kalau bukan sekarang bila lagi?

Kalau bukan di sini di mana lagi?

********************

Bumi Tarbiah..Bumi Barokah..
Tempat Yang Menjadi Saksi Lahirnya Pewaris Nabi & Ulama..
Bumi yang menjadi sumber TERTEGAKNYA ISLAM...

1.52 P.M
ASRAMA AL MALIK KHALID



No comments:

Post a Comment