Tuesday, June 14, 2011

Musafir menuju Abadi 2....



Dengan nama ALLAH yamg Maha Pemurah dan Maha Pengasih...
Alhamdulillah ya ALLAH...
Kau masih memberiku kesempatan untuk membina diri menjadi lebih baik...
Terima Kasih ya ALLAH......

Berkelana ketempat orang bukannya mudah...
mengambil masa untuk menyesuaikan diri...
begitulah diriku yang ingin menjadi
 seorang hamba ILLAHI yang patuh pada NYA....

Titik permulaan di bandar bersejarah...
saya mengenali seorang ukhti...
diberi nama siti rodziah...
perkenalan kami dibina di Baitul Qura"
bertudung labuh...cantik..kerana mematuhi syariat...
saya memang betul-betull respect dengan kak ya(nama manja..)..
dia bukannya dari sekolah agama ..
malah dia menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan dalam bidang..(seingat saya dalam bab2 multimedia...)
tergerak hati untuk bertanya...

bagaimana dia boleh memakai tudung labuh..cukup syariatnya...
katanya"alhamdulillah..dia mendapat tarbiah dari ayahanda dan bondanya..."
jadi benarlah..pendidikan awal adalah di rumah.....


Dalam membina tautan ukhuwah tu..saya agak terkejut bila mengetahui bahawa beliau sudah berkahwin..sedangkan tubuhnya yang kecil molek...
wajahnya yang keanak-anakan...(anda mesti tak percaya...)


Apa yang nak saya sentuh untuk entry kali ini...
Teringat bila saya ada bertanya pada kak ya..
yang saya sendiri pun merasa amat malu...(ntah kenapa..perasaan sbegitu...)

"akak..bagaimana nak menjadi ibu yang baik...??"

kak ya hanya tersenyum....saya memberi masa untuk dia berfikir...
sampailah satu saat berpisah dengan kak ya..saya tak teringat langsung akan hal ini...
sampailah satu masa untuk murojaah kitab mau'izatul hasanah...
satu surat tercicir...
ni jawapan kak ya bagi persolan saya di atas.....



Dengan nama ALLAH….

 Menjadi ibu yang baik(mithali) adalah dambaan hatiku…
demi melahirkan generasi Rabbani.
generasi yang menjadikan ALLAH matlamat utama dalam kehidupan..
insyaALLAH amin….

Persiapan untuk kearah itu,memang sedang dan berlegar-legar di fikiran.
Setakat ini tidak ada usaha lain yang dilakukan 
melainkan memperbaiki diri sendiri
(suluh kekurangan dan kelemahan diri serta memperbaikinya.)
semoga ALLAH membantu dan meredhai,,

selain itu,mujahadatun nafs dalam soal amal soleh
 (mempertingkatkan kualiti amal) 
demi meraih kedekatan (taqarrubillah)dengan ALLAH.
INSYAALLAH….

dan akhir sekali adalah dengan doa.
Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui isi hati hambaNYA…
apa yang dikhuatirkan dan apa yang dibimbangkan ..
kepada ALLAH JUALAH TEMPAt dikembalikan semua rasa
 agar natijahnya mendapat petolongan dari ALLAH jua…

Syukran kepada yang bertanya 
kerana dengannya menguatkan lagi getar hati 
untuk lebih gigih dalam melakukan persiapan…
teguhkan kemudi untuk layar yang kukuh..
insyaALLAH…

Tidakkah seseorang itu digelar solehah..
Melainkan dia Berjaya memagarkan diri
Dari hasutan nafsu yang menipu
Isteri solehah lahir dari anak yang solehah

Soalnya sudah benarkah solehah dalam diri kita?
Tepuk dada Tanya iman…..
insyaallah hanya diri sendiri yang mampu menjawabnya 
kerana hanya diri sendiri yang benar-benar mengenali diri sendiri..
wallahualam..

Proses islah diri tiada nokhtah akhir 
sehinggalah ajal datang menjemput…
Tanyalah hati dan iman sebagai syarat untuk menemui ALLAH S.W.T…

Akhir sekali..
moga kita sama2 mengambil ibrah dan cuba memperbaiki diri...
ingat sahabat2...

KEHIDUPAN MERUPAKAN PROSES MENGISLAHKAN DIRI...


1 comment: