Tuesday, May 24, 2011

...// cuma satu sahaja //...


***********


cuma satu sahaja..
aku tidak tahu berat amalanku di mana..
kalaulah neraca itu pada mata..
sudah lama ku kejarkan pemberat berada di kanan..
lalu ku pohonkan kematian..
agar aku mati dalam iman..
ditempatkan di syurga yang aman..





namun..
akhirat itu aku tiada pengetahuan..
kerana hidup aku hanya sebagai insan..
ianya satu ujian..
bukanlah aku tidak mengenal ujian..
bukanlah aku tidak tahu tujuan..
malah aku terang dengan apa yang diajarkan.....



tapi..
aku merasakan diri ini bagai bukan yang diciptakan..
terasa diri tidak sampai apa yang dihajatkan..
rasa diri bukan seperti yang diajarkan..
apakah aku telah disingkirkan..
dari golongan yang Engkau kasihkan..



jangan....

jangan...


aku tahu..
satu sahaja..
aku bukan yang Mencipta..



makanya..
aku harus menerima..
Engkau Tahu Segalanya..



makanya..
Kau biarkan aku hidup lebih lama..
agar aku mengenal yang sepatutnya..
bukanlah islam hanya pada nama..



agar aku..
akhirnya..
menjadi penghuni firdausil ‘ala..



agar aku..
akhirnya,,
merupakan jiran tetangga para anbiya’..



agar aku..
akhirnya..
teman para syuhada’..



agar aku akhirnya..
agar aku..
akhirnya..
agar aku..
agar aku..
akhirnya..
akhirnya..
dapat menatap wajahMu..
wajahMu yang Mencipta…





********************


mood (",)
baru abis riadah..
terlaksana juga salah satu ciri 10 muwasofat tarbiah...

No comments:

Post a Comment