Monday, December 26, 2011

Hati , Kamu Sudah Bercinta Dengannya ?




Hati mempunyai keistimewaan yang boleh menjadikan seseorang itu semakin mulia dan layak berdekatan dengan Allah s.w.t .Memeliharanya merupakan amanah Allah. Oleh itu setiap individu hendaklah menginsafi bahawa pengisian hatinya mestilah lebih diutamakan.Kita wajib memerhati, mengambil berat dan mengikuti perkembangan hati agar berkesempatan meneliti keras lembutnya dan kepadatan darjah kepekaannya.

Hati yang keras tidak mampu merenung sejenak, kenapa peristiwa hujan ribut sering berlaku, pokok-pokok besar yang teguh dan tidak berdosa turut patah, tumbang dan tercabut akar umbinya. Serta yang mati menyatakan itu memang lumrah dan bencana alam serta tabi’e sedangkan semua sudah diberikan peringatan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya di dalam Al-Quran. 

Kalam Imam Ghazali sering mengingatkan kita bagaimana hendak mengenali hati ,

“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

pinta hati yang baru andai tidak temuinya!

Lihat sahabatku, betapa pentingnya mempunyai hati yang jernih dari karat jahiliyyah !

Imam Hassan Al Banna menasihatkan kepada kita ,

Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang dan tenteram.

Ini sahabatku , antara cara yang munasabah untuk kita menjaga hati !


Yea , JAGA HATI !
Terus jaga hati untuk terus menjaga line connection dengan Allah agar Clear!



Pesanku sahabat ,

"Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya"

Begitu jugalah dengan hati , jika kita hendakkan ketenangan pada hati , maka kembalilah pada ILAHI..
Diri kita jua yang menentukan samaada kita hendak dalam jahiliyyah ataupun tidak..ana , ant yang tentukan!

Takdir itu di hujung usaha manusia.

p/s : sue, ALLAH sedang berbicara dengan ent !





Tuesday, December 13, 2011

Rahsia Al-Fatih takluki Konstantinople.



Semoga ALLAH meredhai
setiap jiwa-jiwa yang sedang berusaha mengajak manusia lain kearah kebaikan!

Adakah anda pernah mendengar nama Sultan Muhammad al Fatih ?

Ya...

Tidak..?

Konstantinople?

Tidak..

Anda tahu apa itu konstantinople?Siapa Sultan Muhammad al Fatih?

Kalau yang dah tahu,anggaplah kita sedang meng'refresh' balik sejarah.

Yang tak tahu,jom kita teroka.

Ops, tunggu sebentar!

Pesan saya :

Buta sejarah,OK lagi,tapi JANGAN Buta Sirah Islam!

Ok,sekarang betulkan posisi anda,lapangkan minda,rehatkan dada dan jangan lupa bukalah laluan kedalam hati anda. 

Ayuh !

Konstantinople 

kedudukannya

Kota milik empayar Byzantine merupakan sebuah kota yang memiliki pertahanan yang amat menakjubkan

ni sekadar gambaran, yang sungguh masyaALLAH..ALLAHUA'LAM !

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bhosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh, antaranya seperti:

1.     Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
2.     Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
3.     Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
4.     Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
5.     Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi SAW, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Tentu bukan mudah untuk Sultan Muhammad al Fatih untuk menakluki kota tersebut. Peribadi baginda dan tentera-tentera baginda juga menjadi ramuan kemenangan ini
.
Kerahsiaan Kemenangan Mereka !
Perkara ini dapat disaksikan semasa baginda dan tentera-tentera baginda ingin menunaikan solat Jumaat kali pertama di Konstantinople selepas menumpaskan Angkatan tentera Byzantine. 
Timbul pertanyaan di kalangan mereka siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda kemudiannya memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan:
"Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya,
"Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul. Mungkin inilah satu faktor kemenangan Baginda dan tentera baginda. Mereka betul-betul berhak untuk mendapat gelaran seperti yang terdapat dalam sabda Rasulullah SAW itu. 
jaga hak ALLAH , DIA pasti jaga hak kita!
Wah,bertapa hebatnya 'DIA' yang mengciptakan hambanya sebagai IKON untuk ummah pada saat ini..subhanallah !
Masih ada ke Al-Fatih di zaman ini?
Usah ditunggu siapa Al-Fatehnya , tapi mari sahabat kita bina AL-Fateh dalam diri kita !
Saya serius , anda ?

p/s : Antara kejayaan di penghujung,kembali kepada ALLAH s.w.t Di Awalnya !
Belum terlambat lagi,sahabat !

 sumber : www.iLuvislam.com 

Tuesday, December 6, 2011

Hikmah : Tidakkah kamu mengerti?




"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau
sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
Tidakkah kamu mengerti?"

 [6:32]

Thursday, December 1, 2011

Mencari Sinar


Semoga ALLAH redha ..

Kali ini,datang satu perasaan,yang saya pun kurang mengerti..
Hanya mampu ku doakan beri yang terbaik untuk sahabat-sahabat dan diriku sendiri..

Terasa sakit bila melukai orang yang kita sayang..
Tapi benarlah keegoan itu melampui segala-galanya..

keputusan yang tepat saat keputusan itu diambil

Benarkah keputusan ini..
Andai ini dibuat melalui emosi,maka sia-sia sahaja..

Ya ALLAH, sinarkanlah cahaya kebenaranMU atas setiap pilihan dan usahaku..

Saya perlu mencari jawapan..

Sahabat, berikan aku masa..


Berikan aku masa mengapa aku berada disini
Berikan aku masa..

Jangan memaksa!

Andai apa yang aku pilih jalan bukan jalan selari dengan kalian..

Ini yang terbaik..

Tinggalkan aku..itu yang terbaik..

ti feel sad but i dont no WHY?

La Tahzan..
      Kesepian yang melanda,tiada apa-apa lakaran yang mewarnai hidup ini..


TIME : MUHASABAH KOREKSI DIRI

Sunday, November 27, 2011

Hikmah : Tahun Baru

Salam Tahun Baru...






Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)


Sabda Rasulullah SAW:
"Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" 
( Muslim dan Tarmidzi)

Saturday, November 26, 2011

Hikmah : Cintailah Aku..


" Cintailah aku...Cintailah aku.."

Pasti dalam setiap jiwa mahu mencintai dan dicintai..
Berkasih sayang..

Betul kan?

Tapi sahabat-sahabat dalam mencari cinta itu kita perlu Cinta ALLAH..
untuk hidup..tanpaNYA jiwa kita pasti mati!

Tapi bagaimana sahabat?
Kita nak ada yang mencintai kita..tapi pernahkah kita bergerak untuk sebarkan cinta itu?

Pernahkah kita memulakan untuk mencintai?

Tinta untuk AWAK :

Jangan sempitkan pemikiran 
dengan makna "Cinta Manusia"

Cinta ALLAH pada kita..

Nabi pesan apa pada umatnya....




Apakah itu Cinta?

Thursday, November 24, 2011

Hati , Arang , Quran

Assalamualaikum w.b.t...

Semoga ALLAH redha dan permudahkan jalan menujuNYA..

Sudah lama tak dengar cerita dari seberang...^^v

Sejak dari program Baksis ..makin bertimbun-timbun pula programnya..
untuk entry kali ini pun saya tak sempat hendak menulis..
hanya mampu berkongsi cerita-cerita yang menarik di FB...kasarnya "copy paste"..

''HATI YANG TIDAK TERISI BAGAIMANA HENDAK MENGISI''

**************
Kisah bermula....

(Perbualan si Atuk bersama dengan cucunya)

Cucu : 
Atuk, saya nak tanya atuk satu perkara boleh..?

Atuk : 
Tak da masalah cu,tanya ja.. tak payah bayar...



Cucu : 
Hmmm....saya tengok ramai orang yang baca Al-Quran,
 tapi bila saya menyoal, diaorang langsung tak faham apa maksud ayat-ayat Al-Quran yang diaorang baca. Kenapa diaorang masih dok baca Al-Quran sedangkan tak faham maksudnya....?
 Pelik saya Atuk....

Atuk :
 ( Menghela nafas dengan lembut sambil tersenyum)... 
Cu, sebelum atuk jawab soalan tu,Cu boleh tolong atuk satu perkara..? 

Cucu : 
( Dengan keadaan teruja ) Boleh atuk... Nak Cu buat apa..?

Atuk : 
Dekat belakang rumah tu ada guni arang yang dah lama atuk tak gunakan.
 Boleh tak Cu ambilkan seguni air daripada guni tu dan bawakan kepada atuk.

Tanpa berfikir panjang Cu terus melakukan kerja yang disuruh oleh atuknya itu...

Cucu : 
Nah atuk,saya dah bawakan seguni air untuk atuk...

Atuk :
 Ehh...atuk tengok tak penuh pun air ni... 
Kan atuk cakap atuk nak seguni air,tapi yang Cu bawa ni tak smpai separuh pun...

yang hitam pun bisa berubah

Si Cucu terus kembali mengisi air ke dalam guni tersebut berulang-ulang kali 
namun setiap kali sampai kepada atuknya, air itu berkurangan disebabkan lubang-lubang yang terdapat pada guni tersebut.

Cucu :
 Atuk... Letih la saya kalu macam ni... 
Setiap kali sampai dekat atuk air ni tak penuh-penuh pun...

Si atuk hanya tersenyum melihat gelagat cucunya itu....

Atuk : 
Cu... Sekarang cuba Cu tengok pada guni arang tersebut...apa dah jadi..?

Cucu : 
( Dalam keadaan letih )
 Hmmm...nampak dah bersih sikit dari yang awal tadi..
 Kenapa atuk tanya tentang guni arang ni pulak tok...?

Atuk : 
Hmmm....macam ni Cu... Sebenarnya begitulah situasi di mana orang yang membaca Al-Quran tetapi tidak tahu maksudnya... Walaupun dia tidak faham tapi bila dah selalu membacanya,hatinya juga akan bersih sepertimana guni arang yang pada mulanya tadi kotor lagi hitam..walaupun Cu anggap keja yang atuk suruh Cu buat tu Cu tak faham maksudnya,tapi akhirnya guni arang tu dah semakin bersih kan... 

Begitulah pula dengan hati yang apabila ia disirami dengan ayat-ayat Allah.. 
Ia akan suci bersih walau kita tak faham maksudnya.

bolehkah ia?

************

Itulah hati.
Ia sentiasa berbolak balik..
Moga2 saya, kamu sentiasa mendoakan agar hati ini tetap pada NYA.



Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:
Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sabda nabi s.a.w menguatkan lagi bahawa hati itu adalah kerajaan yang memerintah anggota badan kita.


Percaya atau tidak,hatilah yang menentukan segala-galanya.Jika baik hati nya,maka baiklah perbuatanya,baiklah akhlaknya,baiklah imannya.


Sesungguhnya hati cerminan diri,cerminan iman..makin tinggi taqwa kita..lihatlah hasilnya!


Terbukti,apabila kita sampaikan sesuatu,berkongsi,memberi tazkirah..pasti HATI merupakan objek yang hendak kita tawan!


Dalam menerima kebaiakn ,kita perlu berkomunikasi dengan hati kita supa ia terbuka untuk menerimanya bukan menutup..


Teringat senior saya sering berpesan "Bukalah hati..bukalah hati"


Kenapa?


Kerana setiap perbuatan kebaikan itu,jika kita tutup hati kita untuk menerimanya,ianya hanya KOSONG.
Dan sejahat mana pun kita,jika kita buka hati untuk menerimanya..nescaya kebaikan pasti menyerap masuk!


Mengapa tidak mengambil ibrah dari sirah nabi s.a.w ..


Terbukti apabila Mus'ab bin Umair pergi ke madinah untuk berdakwah, dan di mana satu masa ada seorang yang bernama Sa'ad memarahi Mus'ab.


Tapi apa yang Mus'ab kata
 " Wahai Sa'ad..duduk dulu..dan dengar apa yang nak aku katakan..!"

Dan Sa'ad duduk dan dengar.Buka hatinya.Akhirnya Sa'ad masuk islam.


Kamu nampak hasilnya kebaikan yang diterima Sa'ad apabila dia buka hatinya!


Jadi,kita bagaimana?


Hendak membuka atau menutupnya?


Terserah pada kamu,saya dan yang istimewa AWAK untuk menilainya..


Satu tinta untuk AWAK..


SEDANGKAN BATU PUN BOLEH LEKUK DITITISKAN AIR SETIAP HARI,INIKAN PULA HATI.. 
MENGAPA TIDAK?


Jaga hati..hiasi peribadi !

Wednesday, November 9, 2011

In The name of Allah....

In the name of Allah , Most Gracious and Most Merciful


Moga –moga keredhaan ALLAH bersama kita..

Malang yang menimpa..duka yang melara..
Pasti ada hikmah kerana ujian itu lumrah dunia sahabat!

bila kata-kata berbicara...

Teringat ketika saya mendapat satu sms ‘kata-kata’ dari seorang ukhti..erm,lama juga tak berc0ntact dengan ‘dia’..kebetulan,jiwa ni butukan ‘sesuatu’ untuk diisi..

Alhamdulillah …

“Ukhti,aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu,jika kau hilangkan agama yang ada dalam diri,maka hilanglah cintaku padamu”- imam nawawi

What’s ur opinion???

Ma ra’yukum ?

Hmm..
Diri ini bukan tidak menghargai sahabat-sahabat sekeliling..malah mengsyukuri nikmat ini..
tapi kadang-kadang sedarkah kita sahabat..

jika seorang sahabat kita ‘hilang agamanya’,jatuh,tersilap langkah,tersungkur..      
adakah kita akan meninggalkannya?

Dan adakah ‘kamu’ akan meninggalkan saya andai satu hari nanti saya bukan saya yang sekarang?

Malah nun jauh disana di dalam kegelapan.. ‘kamu’ akan tinggalkan saya?

Persoalan yang hanya ‘kamu’ mampu menjawabnya..

Saya?

Tidak !

(semoga segala yang buruk itu muncul hikmahnya,ya ALLAH !)

beruntunglah saya,memiliki sahabat2 terbaik dari Tuhan..saya?

Sahabat , tak kira anda berada di mana..

Ku pohon..

Jika hilang "agama" sahabatmu ini janganlah hilangkan cintamu kepadanya, kasihanilah fitrahnya.. pimpinlah dan bantulah dia bangun kembali. bawalah dia kembali kepada fitrahnya.. 

Saya tak kisah apa pandangan antum atas kata-kata imam nawawi,.saya bukan nak timbulkan kontroversi atas kata-kata beliau…tidak sama sekali.!

Cuma perlu kita mendalami dengan lebih lagi..ya ,perlu mengkaji !

Sebelum tu..jom hayati satu kisah 2 orang sahabat..setiap orang ada perspektif tersendiri..saya meraikannya!

***************************************

Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah. Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing.

 Indahnya lukisan kehidupan mereka, mereka berkongsi kisah suka dan duka, tawa dan tangis bersama, susah dan senang, sakit dan sihat bersama, dan segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;

“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan dan segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab,

 “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis dan syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ dan takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.

Dengan tenang, sahabat kedua menjawab,

 “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”

Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit dan bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik, dan pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ. Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.

hikmah pohon kurma

Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara,

 “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”

“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.

“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.

“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua. Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.

“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?” Tanya sahabat pertama.

Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.

Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah dan daging kita tidak halal di sisi Allah.” Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan dan menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti. Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya, kata sahabat pertama.

Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata,

 “Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”

“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.

Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.

Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini. Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku! Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut. Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.

Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama,

 “Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”

“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati, kata sahabat pertama.

“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau, maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya….

Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.


“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat, dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.

Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu
..................................................................................................................

p/s :
sahabatku..

doakanlah untukku..dan jangan mengasingkan diriku dalam kehidupanmu!

Janji sahabat!

Dan ku akan mencuba untuk menjadi sahabat terbaik untuk KAMU!

tiada henti-henti

TERUSKAN MELAKAR!

Tuesday, November 8, 2011

7 0ktober


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Saya mulakan dengan basmalah agar semua dipermudahkan..

InsyaALLAH…

Agar ALLAH meredhai setiap jiwa-jiwa yang membaca entry ini,

Setiap pengunjung yang bertandang ke blog “ingatlah allah,hati akan tenang” yang dahulunya diberi nama “qalam serikandi tarbawi”..(apa yang penting meseg yang hendak disampaikan)..

Memang betul kata seorang sahabat saya Zahra yang kini sedang berjuang di uia,pj dalam bidangnya

 “nama blog yang menarik membuatkan ia tertarik”
(saya tak kata nama blog saya menarik..Cuma lumrahnya begitulah..nak tarik mad’u kita mesti menarik !)

..dan semua insan yang sedang berusaha mengajak manusia kearah kebaikan dan meninggalkan kejahilan.



Ada apa dengan 7 OKTOBER 2011…



Dalam waktu itu,masih saya teringat lagi,ketika itu saya masih berjuang di medan sebagai seorang pelajar..

FINAL EXAM !..Ntah mengapa setiap kali menulis tarikh peperiksaan di atas kertas jawapan pasti tertulis ‘1992’..’1992’..’1992’…sepatutnya saya menulis ‘2011’…hanya mampu tersenyum sendirian..agak2nya demam nak makan kek..mungkin!

Hari tu..bahkan untuk minggu itu memang hari yang menyeronokkan..bukan kerana seronok dapat ucapan,dapat keluar dengan junior yang hari lahirnya sama (sanah helwah untuk munirah dan niyana..),
bukan seronok dapat hadiah…tulusnya,semua ini menyeronokkan dan mengembirakan tetapi ada satu perkara yang saya dapat dan lebih menyeronokkan..SAHABAT

Ibu dan abah adalah sahabat terbaik saya..

Mereka sering memberi semangat dan taujih pada saya,even saya jarang bersama mereka..

Apa kata ibu

 “Along,belajar rajin-rajin..moga dapat beri yang terbaik dalam kehidupan dan dapat beri contoh yang terbaik..semoga hariMu  sentiasa bahagia..”



Mendalam maknanya tu!~bagi yang mengerti saja…

Belajar bukan hanya pada pelajaran sahaja tapi belajar dalam kehidupan..belajar untuk memahami dan difahami..hidup bermasyarakat,fitrahnya begitu!



Contoh yang terbaik,siapa lagi..kalau bukan Rasulullah s.a.w..dalam hati,moga2 aku boleh mencontohi sifat2 baginda..adik2ku yang semuanya hero,moga kalian dapat menjadi HERO yang menumbangkan kebatilan..amin.

Belajar bukan bermakna..saya kena menghentikan semua program! Saya kena tumpu 100% pada akademik…no..no..no..!

Luaskan pandangan anda..jangan sempitkan..ALLAH ciptakan kita supaya mengabdikan diri padaNYA..cara untuk menjadi HAMBANYA bukan secara formal semata-mata..tapi bukan formal pun!

Susah nak hadam ea….=)

Sahabat-sahabat seperjuangan..

Mereka pelengkap dalam jalan dakwah ini..


Saya suka membaca karya Hilal Asyraf..yang mana kebanyakkanya karyanya lebih menekankan ‘Persahabatan Dalam Keimanan’..anda bacalah dalam novel Sinergi,Terasing,Hero,VT…semuanya pasti ada! Kita bersahabat kerana ALLAH..susah ke senang?

 Hah , jawapan itu terletak di tangan anda !

 Apa ALLAH kata,’seseungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara’..

Nah ! Inilah jawapannya..tak kisahlah sama atau tidak fikrahnya,yang penting matlamat kita semua sama..mengabdikan diri pada ILAHI,mengajak manusia beriman pada ALLAH..yang mana akhirnya,menuju jannah..betul tak sahabat?

Tapi kita harus menjalani satu proses Tarbiyyah Islamiyyah..barulah kita faham apa agenda dan misi yang islam hendak bawakan.

Ala..macam zaman sultan Al-Fateh,zaman khilafah dulu…

Sekarang ?

Kenapa macam berbalah aje?Tak boleh ke kembali zaman sahabat2 nabi..?
Cara berfikir dan sikap kita yang berbeza mencetuskan titik perbezaan tu..betul tak?

Ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menjayakan Program KEEP LOVING

..jap..jap..program apa tu??


Tertanya-tanya ke?


Ops,program ini untuk mengeratkan silaturrahim antara batch saya dan termasuk adik-adik sekali yea..memang handal sahabat-sahabat saya yang BERFUTSAL..menangnya, group saya 3-1 (kalu tak silap lah)..then,ada yang menyambung bermain bola tampar,badminton…dan paling lucu sekali.main satu game “SIPUT”..asif,saya tak boleh buat,,sebab geli..dah lihat pun tak tahan hati ini…

yang paling tidak dilupakan..SOLAT DHUHA ATAS PADANG..jarang-jarang melakukan sedemikian kecuali dalam program-program tarbiyyah..yelah,saya dan kamu sedang mengejar ‘ukhuwah berlandaskan keimanan..’’  

Bagaimana ia bisa terbentuk tanpa aktiviti-aktiviti sebegini..betul tak?

Nak faham lagi..HAH ! Anda kena laluinya sendiri..

Happy


Saya mengimpikan agar tergolong dalam golongan yang mengejar kebaikan..saya tak capai lagi tunjangya..indahkan Sahabat! Indahnya ISLAM itu..

Indahnya dapat orang yang mengingatkan kita kepada kematian..terima kasih Fadzlina,sahabat saya juga 
sekarang di UMKL..dalam bidang Pengajian Islam Dan Sains.Sering menasihati sahabatnya ini dalam meniti arus kehidupan..

Ashkuruki alfun syukran yea kak mar @ namanya Sharifah Mardiah Syed Malick..dia banyak mengajar jiwa ini erti ketabahan,tidak kenal putus asa..

Dan sahabat-sahabat ‘’USRAH KITER’’ yang lain,k.nida,yati,azami,kak putri,sarah m,Zahra,shida,ayu,kak wana,ieka,kak nazilah,fiezah,kak hajar,maisarah banyak lagi…yang sudi memberi peluang diri ini hadir dalam hidup kalian..

Adik-adik usrah yang sangat saya sayangkan,bahkan saya sudah anggap kalian sebagai saudara sendiri..syuhada,syeraho,hawwa,shamimi,fatin,zaila,sharifah zubaidah dan aini teman senaqibah..kalian penguatku di kala jiwa ini masih mencari-cari sesuatu !

Dan…….

Terima kasih Ya ALLAH..
Aku tahu ujian yang engkau berikan padaku sebagai penghapus dosa-dosaku yang lalu..maafkan diri ini sahabat yang banyak tersusah disebabkan ku..




Terima kasih Duhai Hati..
Dikau sungguh tabah..
Moga engkau bertambah subur dengan keimanan pabila hadirnya ujian ini..

Tidak mampu katakan apa-apa melainkan ALHAMDULILLAH !

ALHAMDULILLAH !

ALHAMDULILLAH !

ALHAMDULILLAH !

p/s : moga hadirnya keikhlasan..itu yang saya harapkan!!