Tuesday, November 16, 2010

Kalau berani, cubalah renungkan!!.






Ketika kamu dilahirkan,  kamu diazan tanpa Solat, 
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu, 
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira, 
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,  
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.
 
Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu, 
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu

.  

No comments:

Post a Comment